Tuesday, July 24, 2012

tips ber-shopping!!!

Assalamualaikum w.b.t.

hai.


hei, dah masuk 4 hari umat Islam di Malaysia berpuasa. AlhamduLILLAH. dan dan dan ini bermakna semakin rancaklah manusia sibuk untuk membuat persiapan raya.SHOPPING!


so,kat sini aku nak share sedikit sebanyak tentang tips sebelum dan semasa ber-shopping


*******************

Sebelum

1. Tido awal, and sahur


sumber : imej google.

hei,penting hokey dua-dua ini.firstly, tido haruslah cukup.sebab esoknya kita perlu menggunakan semua pancaindera dalam pemilihan barangan.pilihan adalah sangat banyak.rambang mata.itu nak ini nak.pemilihan dalam pilihan.keduanya, bersahur. come on rakan-rakan.marilah bersahur! makanlah pape yang boleh menjana tenaga anda.sihat dan kuat sepanjang hari.


2.list, duit, 


sumber:imej google

bagi mengelakkan pembaziran yang melampau, baiklah kita buat list.apa yang nak dibeli.selain ia membantu menjimatkan masa kita untuk mencari dan membeli,kita juga dapat bajet berapa total kesemua pembelian kita pada hari itu. hei,lagi satu,nampak macam tersusun sikit kalau buat list ini.

Contoh:

1. Senaraikan barang apa.

baju kurung
blouse
seluar
selipar

kalau boleh nak brand apa lagi bagus.jimat masa.jimat tenaga.hidup yang fokus.

2. Dah tahu barang, bolehlah tentukan tempat yang ada jual barang2 kat atas.boleh bajet harga sekali.xnaklah bajet burst.

baju kurung-jalan TAR
tudung-jalan TAR
seluar-mid
selipar-mid

penting weh, nak tahu tempat yang perlu dituju.penting untuk masa,parking semualah.huhu.kalau main terjah,boleh aje.tapi,kang parking xder. kalau naik tren,ramai.kepam.angkat barang,xlarat.So,marilah kita buat cadangan tempat shopping.macam ini:

Jln TAR--->SOGO--->Mid--->Uptown Danau. (contohjer)

Then, before nak g shopping ini, siap-siaplah kuakan duit.elakkan dari kuakan duit waktu nak shopping.dengan kena beraturnya.lepas itu,mana lah tahu ada yang memerhati.nauzubILLAH.kuakan duit x yah banyak2.jimat beb.jimat.bagi yang nak pakai kad pun boleh.tapi,fhm2lah.kekadang machine kat kaunter itu,sistem dia down.hampehhh.


**************

Semasa

Datang awal.Wah,nampak macam semangat sangatkan nak shopping?.haha.penting weh datang awal.parking kat KL ini,makin sikit, xseiring dengan kepadatan penduduknya (haruslah kan).so,bila datang awal,kita jugak yang untung! parking dapat.semangat masih membara.tenaga berada ditahap yang sepatutnya.cuaca masih sejuk.Orang x ramai.Kepanasan x melampau.Wahhhh.ber-shopping perlulah tenang.Bolehlah snap-snap gambar sikit upload kat fb/blog.haha.Kenangan.Bila lagi?

Dihari shopping, pakailah pakaian yang selesa.Kalau boleh,kasut/selipar pun xyah lah nak bertumit sangat.Sakit weh jalan.Kita bershopping,perlulah dengan rasa gumbira.Senang hati.Berjalan dengan sesuka hati.Xnaklah sakit-sakit.hehe.lagi satu, pakai tudung yang senang nak dipakai boleh?.hehe.yang sarung jer pun okey.Iyelah,senang nak solat.Faham-fahamlah kan,dah namanya pergi waktu2 puncak ini,selalunya memang ramai.surau pun,ramai giler orang.pakai tudung sarung,boleh jimat masa.Xderlah tunggu lama sangat  depan cermin.hehe.Kesian kat jemaah lain jugak.Keselesaan dalam solat penting weh.Keseronokan,keghairahan kita bershopping xperlulah sehingga mengganggu kekhusyukan orang lain menunaikan solat.

Duit hendaklah disimpan ditempat yang berbeza.Tips ini,bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.Contohnya,ada pencopet.dan kesemua duit lesap.sadis.mintak dijauhkanlah.Ameen.kalau nak letak kat wallet/henbeg pun boleh.tapi,berhati-hatilah.Kita jangan leka okey?

Setiap orang ada minat masing-masing.Bagi nko,itu lawa.bagi aku, x. So,belilah apa yang anda mahukan.Xyah lah weh ikut kata orang.Minta pendapat,xper.Kalau x sama pendapat kita,ignore.Belilah asalkan nko puas.

Owh,shopping punya shopping jangan lupa nak berbuka puasa.Kalau rajin buatlah reservation kat mana-mana.Senang.Datang, terus berbuka. Amacam?stylekan?.Nampak macam dewasa kan buat reservation bagai.xpun,berbuka sikit, then,solat.then baru berbuka secara biasa.Aku suka yang macam ini.Xterkejar2.


******************

Well,itu jer yang aku ingat apa nak ditulis dan di-share.hehe.sebenarnya, aku pun dah plan nak g shopping.As a student, aku x bolehlah berbelanja besar macam kau-kau-kau orang diluar sana.Aku kena biasa-biasa aje.Baju-baju yang aku rasa aku xmampu nak beli,haruslah aku mengendeng kat mak ngan ayah aku.haha.Yang dibawah bajet aku, bolehlah aku beli sendiri.Selalunya,item dibawah bajet macam selipar 20hengget.hehe.nak murah beli kat up/downtown.Nak rasa maca up sikit,belilah kat alamanda.haha.walhal,selipar yang sama.tempat jer berbeza.hehe.Nak rasa up punya pasal.ish.ish.ish.


Aku ini persiapan raya memang se-minima yang boleh.Sebab aku x pergi mana-mana pun.Nak nak opah dah xder.So,adik-adik mak dan ayah akan datang rumah.Raya.Aku pakai baju kurung,cukupkan syarat jer.Lepas lawat nenek kat sg buloh,then balik rumah.Petang dah salin baju dah.haha.Second day, selalunya jalan-jalan g tour rumah sedara.Sedara aku kat sini jer pun.Paling jauh,pakusu aku lah.duduk senawang.Itu pun kawasan taman.Memang xderlah rasa kampung.huhu.Kekadang rasa jeles jugaklah tengok orang eksaited balik kampung.Aku ngan adik beradik aku, kalau malam raya, suka balik rumah serendah lalu jalan highway.haha.keluar tol duta masuk tol rawang.Saje jer.nak rasa feel balik kampung.haha.Papepun, kat mana pun beraya, aku rasa bersyukur.At least dapat raya.EH,dah cite pasal raya???.oh men!tersasar awal.


So,selamat berpuasa dan bershopping juga.