Tuesday, January 8, 2013

Buku dan AJL27

Assalamualaikum w.b.t

hai


Hari ini merupakan hari sungguh tak produktif untuk aku,aku datang Bangi,aku switch on komputer dan aku baca blog jer.Sungguh tak produktif kan?.Kalau lah sesape buka komputer yang aku guna itu, mesti perasan URL blog berlambak.hehe.Aku punya ler itu...


Dah lama aku tak tulis pasal buku.so,memandangkan hari ini aku rasa nak menulis dan bercerita tentang buku, marilah kita share satu buku yang telah aku baca.



So, inilah bukunya. Tajuk The client, tulisan John Grisham.


Kalau korang tengok luaran buku ini, sangatlah bosan.Tajuknya pun bosan.Mula-mula aku pun malas gila nak baca.Cover tak menarik.Warna kertas, tak menarik.Tapi-tapi-tapi, betullah orang kata...


''Dont judge a book by its cover''


So,one day kakak aku cerita sinopsis buku ini.Hehe.Then, barulah aku terbuka hati untuk baca.and penceritaannya menarik.Bahasanya tak susah untuk difahami.Ia menceritakan tentang 2beradik yang merupakan saksi pembunuhan seorang peguam.Peguam ini kan namanya Jerome.Dan adik beradik ini plak namanya Mark (abang) dan Ricky (adik).

Mark dan Ricky ini datang dari keluarga miskin.Duduk kat kawasan hutan, bersama ibu dioranglah.So, being kids,diorang pergilah main kat kawasan hutan sementara tunggu kepulangan ibu diorang dari kerja.Tengah-tengah main, tetiba diorang terperasan ada kereta dalam keadaan yang pelik.Budak-budakkan.Sangatlah Curious nak tengok apa.Si adik dah cuak.Abangnya plak degil.Then, si Mark tertangkap dengan Jerome and dimasukkan dalam kereta.Jerome ini peguam.Dia dalam usaha nak bunuh diri.Sebabnya,client dia (mafia) tengah chase dia.Ada satu kes sebenarnya.Pung pang pung pang,Jerome ini bagitahu kat Mark tentang mayat somebody tertanam kat bawah bot,rumah dia.Then, jerome ini tembak diri sendirik kot.Secara tak sengaja, Mark ini dah jadik witness kematian Jerome dan tahu kat mana lokasi mayat somebody ini.Dalam masa yang sama, Ricky ada jer tengah menyorok sambil nangis kat kawasan hutan.Cuak kot.Dia dengar bunyi tembakan dalam kereta bagai.Budakkan.Disebabkan terlalu terkejut, Ricky ini menjadi pelik.Dia mula hisap jari dan melengkungkan badan(tanda orang dalam keadaan terkejut).

Disebabkan kejadian ini, mafia-mafia ini benganglah kan sebab diorang rasa Jerome (lawyer mafia ini) ada bagitahu something kat Mark.Dan mula chase Mark.Peh,aku yang cuak baca.Polis dah mula gertak Mark. Tapi, Mark kata dia tak tahu pape.Mark cuak jugak.Iyelah dalam lif ada orang tarik dia.Gertak.Macam-macam hal berlaku.Kesian.Budak kot.Yang sweetnya, Mark ini sendiri pergi hire lawyer dia.Dia bagi bayaran 1 dolar jer.Sebab itu jer duit dia ada.Dan lawyer dia ini,pompuan.

Dari situ, bermulalah kisah camana Mark dan lawyer dia berhadapan dengan semua benda.Sweet sangat.Budak kot.Tapi matang.Yang lain,baca sendiri.Hehe.Tapi,aku boleh jamin...buku ini best.

Sekarang ini, aku cuba untuk baca:


Aku dah baca sikit-sikit lah.Tapi tertangguh.So,sekarang aku banyaaaaaaaak masaaaaaaaaaa.Sampai aku plak rasa tak tahu nak buat apa.Dan aku akan cuba untuk habiskan baca buku ini...


p/s: AJL27, aku tengok 1/2jer. Then tertidur. (Penat der. Jalan Jauh.)Tetiba dah pengumuman sape menang jer.Tapi prediction aku tentang Terukir dibintang menang adalah tepat.hehe.AJL ini pasal lagu dan lirik.Sebab ada lirik yang buatkan aku terfikir-fikir jer...


Baris pertama and kedua itu...
Kalau aku lah kan, intan permata lagi tak mustahil untuk perolehi, dari bintang dilangit sangatlah mustahil nko nak perolehi, ada sinar kosmik lagi kena fikir (fahaman secara direct).
Sebab itu lirik ini unik bagi aku.Sebab pasal cinta kan.Semuanya yang mustahil akan jadi tak mustahil.Dan yang berbahaya pun jadi tak bahaya.Apapun boleh.Faham tak.Kontra ayat.Kontra maksud.Kontra kebolehan.
Disebabkan itulah, aku rasa lirik ini kuat dan boleh menang.Lagu pun lain dari lain.

Aizat, se-tylelah tarian buble hang!












Permulaan Januari 2013

Assalamualaikum w.b.t.,

hai.

Dah masuk tahun 2013 pun.alhamduLillah.

Okey, tahun 2013 ini aku start dengan aktiviti yang aku sendiri tak sangka boleh terbuka hati nak pergi.Dan ke tempat yang aku x sangka akan aku jejaki buat masa ini.Hehe.Tapi, itu lah kan kuasa Allah.Takdir.Siapa boleh lawan?.

So, setelah gedebak gedebuk encik supervisor suruh pergi, aku pun pergi lah.Aku ada masalah dengan tempat ini sebenarnya.Sebab dulu aku pernah datang untuk bercuti.Menghampakan.Dan terkesan sampailah aku dewasa ini.Sebab itu ada sedikit was-was untuk aku datang lagi.Tapikan, pabila aku dah decide untuk pergi, perkara pertama aku buat ialah buka hati dan fikiran untuk memandang tempat ini kearah yang baik.Segala memori dulu, aku cuba ketepikan.

Dan alhamduLillah, aku dapat perkara yang positif sepanjang mengikuti program kat sini. A good news right?.

Nak tahu apa yang positif?.Meh kita share.Orang kata sharing is caring.


Sebelum itu, aku nak bagi details sikit:

Lokasi: Kota Bharu, Kelantan
Program: Bengkel penulisan manuskrip jurnal

4/1/2013

bertolak dari LCCT dan ke KB. Kawan datang amek, check in, makan kat umah kawan, lepak pantai, balik hotel.

Malam itu plak, kitorang sepatutnya ada 'lecture' sket. Tapi, tukar kepada sesi motivasi.Peh.Insaf okey.tentang tugas aku as a student and kehidupan aku yang berkait rapat dengan ilmu.

Tentang penghasilan manuskrip.New knowledge.Why do you have to write and publish.Eventhough you have a bad results.Thats a part of your research right?.You can share the weakness with others.The philosophy.Your responsibilities as a scholarship holder.and the most important part, your responsibilities as a muslim/ah.

ada banyak lagi sebenarnya.Tapi,secara jujurnya,terkesan juga kat diri ini.Aku banyak dah jauh dari arah.Tak fokus.Nak tahu siapa motivator kami?




and setelah selesai sesi motivasi, banyak juga yang aku and roommate bincangkan, renungkan. Laksanakan?.hehe.belakang cerita. kami usahakan.


5/1/2013

Then esoknya, bermulalah sesi bengkel. Prof Sukiman, Prof Shahidan dan Prof Ainun mulakan tugas masing-masing.Dan kami ada sesi semakan manuskrip.Peh,berpeluh.Aku diletakkan under Prof Sukiman.Hehe.Kimia kot.Agaknyalah.Masa sesi semakan, punyalah cuak.Iyelah, manuskrip aku buat sehari sebelum pergi.Gilerlah.Dengan grammatical errornya.redundant.Berserahjer depan Prof.Tahu dop,aku ada penyakit.Depan Prof atau mana-mana lecturer,Parkinson dtg.Serius.

Tapikan yang bagusnya,bila one by one dengan reviewer ini,kita dapat tahu mana salah kita.Apa yang jurnal nak.Apa yang patut kita letak dan tak.Betulkan ayat.Semuanya.Baguskan?.Kekuatan sesuatu manuskrip terletak pada apa.Cemana nak dapat high impact.So, kalau korang nak tulis manuskrip jurnal, banyak perkara yang korang perlu ambil tahu.Belajarlah.Tunjuk kat supervisor.Hehe.Then, bila hantar kat editor mana-mana jurnal yang korang pilih dan bersesuaian, sila sila sila lah buka hati anda sebab anda akan dikomen dengan pelbagai perkara.Sentap boleh.Tapi, jangan sentap lama-lama.Masa berjalan.Nak nges boleh.Tapi jangan meleret.Terbawa-bawa.Ini jenis hati tisu lah.Yang kalau kena kritik, ada lah hole yang boleh menyebabkan darah terpancut keluar dan akhirnya ----.okey, hiperbola sangat.Xlah,korang kena faham.Kalau kita hantar kat elsevier, or papelah yang internasionale ini, reviewernya bukanlah orang kita yang tahu berlapik.Diorang direct jer.Saintis pun kan?.Korang tengok saintis saintis luar sana, ramai ke cakap berbunga-bunga bagai?kalau ada,percentage nya adalah sangat rendah.haha.Kalau x,xkan lah terbitnya formula E=mc^2 bagai.Semuanya direct.Dah terbiasa dengan singkatan dan direct.So,buka hati.tabah.bersedia mendengar.


Sekitar perbincangan manuskrip jurnal.



















Perbincangan pembetulan jurnal ini mengambil masa sampai kepetang.Then masing-masing blur dan berasap.So,malamnya kami xder bengkel.Hehe.Mari berjimba!.

6/1/2013

Okey, last day untuk bengkel.Ada lah nasihat dari para pensyarah.Kata-kata semangat.Eh, ada pertandingan okey menulis manuskrip ini?.Baru tahu weh.hehe.Konfemlah, aku punya kalah.Siap kena tegur pasal garisan graf lagik depan orang ramai.Hehe.Malu hokey.



Overall, aku seronok pergi bengkel ini and trip ke Kelantan kali ini, best.
Banyak urusan dipermudahkan.
Secara tak langsung, kenal orang lain terutama pelajar mikrob.Hai!.
Banyak bersembang dengan para pensyarah especially Prof nuklear lah kan (secara off record).
Ber-shopping dengan Prof Ainun kat Pasar khadijah ke buluh?best.
Terima kasih, prof(s) atas segala perkongsian pengalaman
Terima kasih, cno dan keluarga.
Terima kasih, an amt.
Terima kasih, keluarga.
Terima kasih, 12 orang pelajar yang terlibat.
Terima kasih, kak Ari and sharol
Terima kasih, Allah.


Kelantan, 14 tahun lagi, aku lawat nko lagi okey?.

Kelantan. 1).dari view tingkat 16 HR,KB 2).PCB 3).Terbanglah engkau membawa impian sikecil!