Monday, July 16, 2012

me,kawan @ melaka

Assalamualaikum w.b.t.

hai.

ini nak cerita tentang 2 minggu lepas punya aktiviti. aku ada ke melaka bersama kawan2. kali ini x payah guna gps.kami bawak orang melaka sebagai pengganti gps.senang jer jalan.konfiden skit.

pergi melaka ini, as usual lah.last minute punya plan.sebab ramadhan dah nak dekat.next weeknya pulak,semua sibuk dengan aktiviti.hari weekend memang xboleh kacaulah.hari rehat bersama keluarga.so,waktu yang terbaik ialah hari Jumaat.kami skip summer school.maaf lecturers!

tujuan utama ke melaka mestilah nak lawat ecah.kawan sebelajar kami masa degree dulu.dia jaga kedai jeans ayah dia.so,as pewaris owner,mana lah boleh sangat nak skip.orang berniaga kan.jadi,kamilah yang pergi melawat dia.kekadang kami ke rumah dia.tapi,kali ini x.kami lepak kat kedai.makan pun kat depan kedai jeans dia jer.gambar lupa amek.nak tahu x,tentang kebiasaan percakapan orang melaka.selalunya akan keluarkan ayat-ayat yang 'keras' bila berbicara.bagi kita orang luar,mungkin lah rasa 'keras'.tapi, dah terbiasa dengan dia ini.apa-apa yang dia lafazkan,bukanlah membawa kearah makna yang dilafazkan.so,jangan terkecik hati plak bila bercakap ngan diorang ini.hehe.banyak yang dibincangkan.banyak nasihat diungkapkan.itu lah kawan.


lepas jer, gerak dari tempat ecah,kami ke jj melaka.cno nak beli barang persiapan.so,dah beli semua,kami pergi ke (rujuk gambar)


kami pergi ke klebang coconut milk shake (kot!).aku xminum coconut ini.tapi,memang recommended lah untuk datang.tempat semakin selesa compared yang before.aku suka makan nasi lemak dia.hehe.kat sini, aku suka sebab ramai sangat orang cina datang.india pun ada.so,baguslah.

selepas selesai minum petang, kami pergi main layang-layang kat pantai.best.sekarang ini kalau korang xtahu nak naikkan layang-layang,boleh bagi kat aku.aku dah pandai sikit.dah tahu teknik.abg layang-layang ajar.



masa ini,tali layang-layang kitorang dah putus.so,diorang berdua ini pergi kejar layang-layang.aku xkuasa nak keja.haha.

then,lepas dah puas main layang-layang semua, jannah dah selesai jumpa si kekasih hati, kami pun berangkat ke rumah jannah.xjauh pun.dekat jer.kami ke rumah amni (anak sedara jannah), then ke umah jiran jannah then baru lepak rumah jannah.


dari kiri:amni,cno dan amni,jiran jannah.

so,dirumah jannah, dia bungkus kuih raya untuk berniaga (banyak,boleh tempah), then, layan amni tido.dalam 9.30 lebih baru kami berangkat pulang.hantar jannah kat bangi,then cno kat serdang.then,aku balik ke serendah.

penat xyah cakap lah.tapi,puas hati dapat jalan.


p/s:cno,dah pun lapor diri kat aelb.
p/s:jannah plak dapat anugerah 'best presenter' untuk kolokium
p/s:aku?.ada lah.rahsia.hehe.alhamduLILLAH.