Monday, April 9, 2012

Komen/kritikan/pandangan tentang ABPBH 2011

Assalamualaikum w.b.t.

hai.

semalam, kita semua dah tahu siapa pemenang bagi kategori-kategori yang dipertandingkan dalam ABPBH 2011. Penganugerahan ini amatlah dinanti2 kan oleh orang ramai yang mengikuti secara langsung/tidak langsung  selebriti/artis yang berada di tanah air kita.jadi, mari kita buat sedikit post mortem yang tak bertauliah sebagai tanda kenangan.


Google, 2012

**************************************


1. Pengacara.
 Memainkan peranan yang sangat penting dalam memeriahkan sesuatu majlis.kombinasi antara kak engku,sharifah shahira,didie alias dan zizan agak kurang menjadi.mungkin ramai sangat kot?atau gabungan kak engku dan sharifah shahira sudah kurang menyengat?

sewaktu pembukaan majlis, tetiba masuk pengacara mak yong??? apakah?. dan meleret meleret meleret.lama kot kak engku membebel.sejujurnya, aku xdapat tangkap sangat apa yang kak engku cakap.fine,aku akui aku slow sikit bab dialek ini.

cadangan: apa kata lain kali ambil jer pengacara/pelawak/selebriti yang memang dah popular (pemenang abpbh)untuk mengacarakan majlis.gempak kot?.sebab itu diorang menang award.sebagai penonton,mesti puas hati.orang yang disukai, mengacara.


2. Susunan penganugerahan.

Susunan berterabur.dah cantik dah,setiap sesuatu ada lawannya.lelaki,ada perempuan.kategori itu biarlah teratur dan tersusun.ini kejap kategori radio lelaki.dan ada kategori-kategori lain, then baru kategori radio wanita.come on. mungkin nak buat pembaharuan.nak test.xperlah.impak yang kurang baik, boleh tukarkan?

cadangan: apa kata next time, biar teratur?.dah cantik dah teratur.


3. Persembahan.

Pembukaan oleh stacy, alyah (yeke dia?.kalau silap sorry!,lupa sudah!) dan dato' siti. semuanya menyanyikan lagu omputih. ala, xbestlah. orang sana xpernah nyanyi lagu kita kot! pembukaan nyanyi lagu orang kampung pun aku rasa ramai orang suka (Contoh!). xyah international sangat lah.hehe.then, ada lah persembahan sifu, aizat dan spider. which is okey. tapi, persembahan terbaik malam tadi (bagi pandangan aku yer) jatuh kepada Lan dan Ziana. ada shiela majid. Adira dan hafiz pun okey (ombak rindu punya pasal). ada AZ dan dayang (Arwah P Ramlee and Saloma)., Najwa latif dan Black., Shila Amzah (Dato' Siti)., Bob Af2 (Arwah   Sudirman)., ada jugak bintang idola ke siapa? yang nyanyi lagu AZ!.wah kemain. xper xper. bagi chance skit. nak rasa pentas.penutup, ada lah macam Amy search, FT, Hazama, Salma, oh Man Kidal juga.

cadangan: (silalah buat rujukan.anda menganjurkan perkara popular, sila nyanyikan lagu popular yer) kalau nak tribute pun, do it properly yaw!. 

tapi, still credit tahniah kepada Dato Ramli MS dan group orkestranya!(tepuk tangan sikit)


4. Pemenang.

banyak kejutan kali ini. yang paling sukar dipercayai, PakNil lagenda kita ini, kalah kepada Zizan!.Rezeki. dan Fizz Fairuz, xdisebut2 akhirnya menang jugak.ini semua atas usaha orang yang mengundi lah.penyokong ramai, tapi x mengundi x bagus jugakkan?. dan Aaron Aziz menang bintang paling popular.Singaporean?.apa nak dikata? dah dia buat bagus.rezeki. dan paling best, Johan RL menang komedi.yeay!.ada harapan beruang comel menang!(eh!)go go Angsa Ganas!


Google, 2012

5. Pemberi hadiah.

kasihan okey?. apa kau buat kat atas itu?x cakap pun, masa over run jugak.ish ish ish. 

cadangan: pilihlah yang boleh mengharmonikan majlis.penting okey?.Rosyam nor okey jer?.dalam serius ada jenaka. dan dan dan. gunakan kaedah yang lebih baik.guna ipad untuk lihat siapa pemenang.jimat masa berbanding kad yang disalotape dan susah nak dibuka.

Google, 2012

6. Dewan.

aku rasa dah bosanlah buat kat genting.tukar venue lah plak. dalam dewan, hambar lah!.dato siti kat twitter pun cakap macam itu.kat rumah apa lagi?.lagi hambar okey.

cadangan: tukar venue. dan penyokong dalam dewan sangat penting bagi memeriahkan majlis.


overall : x best sangat.pihak penganjur mungkin terlalu cuak untuk mengasilkan sesuatu yang lebih baik dari tahun lepas.akhirnya?.hmmm. kalau dulu anda boleh, mesti lepas lepas ini lagi bolehkan? 




Dear Berita Harian, 


GOOD LUCK!


p/s: segala kekasaran dan keterasaan amatlah dikesali.minta maaf!