Monday, May 28, 2012

Sunway Lagoon

Assalamualaikum w.b.t.

hai.

hari ini, dah start cuti sekolah...so, mohlah kita berjimba hoorey.kali ini kita ke Sunway Lagoon.


Sunway Lagoon, 2012


Lokasi: Sebelah Sunway Piramid
Parking: Sunway Piramid
Harga tiket: All park = RM75+RM10=RM85 (adult and malaysian)(JAM OREN)
kalau 3 parkje= RM60+RM10=RM70 (adult and malaysian)(JAM BIRU)
Pakaian = pakai tudung pun boleh.
locker = RM15 (sesuka hati nak buka berapa kali)
solat = ada tempat solat, kat theme park.telekung pun ada.


****** EXTREME PARK ******

Okey, memandangkan kali ini aku ada amek gambar (sikitjer) mohlah kita update blog. okey, mula-mula masukjer, kami terus ke bahagian extreme park. Extreme park ini tempat ada ATV, achery, flying fox, paint ball, trampolin ke amenda ntah, main benda kat tasik, basikal.Semua boleh main.ada jugak bungee, go kart, g-force sume.tapi,kena tambah bayarlah kan.Bungee, RM75. G force=RM30. Go-kart= RM20/5minit kot. so,rasa mahal, marilah kita jgn buat aktiviti-aktiviti tambahan ini kat dalam Sunway.Kita main kat luar lah yer.


(Dari kiri ke kanan : ATV, G-force, ?, trampolin, flying fox, jambatan gantung.)


bagi aku, okeylah permainan-permainan ini. sebab dia basic lah.so, bagi first timer, dan nak rasa naik ATV ke, Flying fox ker, archery ke, bolehlah datang.(recommended)

Tapi, kalau korang dah terbiasa benda-benda extreme, xyahlah kan.nanti mesti kata ''eleh,biasa jer..." hehe.sebabkan SL ini tempat family kot.so,lebih kepada family-family lah.kang kalau bahaya-bahaya, mak ngan ayah tak bagi plakkan nak naik semua...



(kiri ke kanan: sebelum--semasa--selepas (gambar flying fox)


ada archery dan main trampolin jugak.

ini baru kat extreme park. ada 4 bhgn lain. time park lain,aku xbawak dah VC ini.so, gambar pun xder.

okey,tapi masih boleh aku ceritakan bahagian-bahagian lain seperti:-


****** AMUSEMENT PARK ******

amusement park ini semua orang yang masuk SL boleh main.xkiralah nko pakai jam warna biru atau oren.kat sini, macam-macam korang boleh main.contoh game yang ada, Niagara falls (yang keluar kat mulut anakonda kot), yang game gelongsor (kenalah air sikit), kasut koboi pusing-pusing, naik dragon terbang, ada ala-ala game keretapi laju kanak-kanak dan dewasa (gold). yang keretapi gold ini best jugalah.sebelum-sebelum ini, diorang xbuka pun.sekali, hari ini bukak. best jugaklah tengok dia punya keretapi.laju dan tinggi tapi xder lah pusing-pusing roller coster itu.ada wheel.ada tomahawk dulu dikenali sebagai skyflyer (yang pusing 360' kat atas).ada pirate revenge jugak. Masa zaman sekolah dulu, ada rombongan g SL jugak.Aku and kengkawan berulang kali naik pirate ini. tapi, pirate yang dulu, biasa jer. yang naik-turun itu jer.sekarang ini, pergggghhhh.menakutkan weh.kapal makin besar.lepas itu, dia pusing 360'. seat dia pun dah siap protection bagai. yang naik menjerit.orang yang kat bawah pun jerit okey.memang seram.pernah naik yang pusing 360' kat TS?.itu pun aku rasa seram.yang ini lagi seram.yelah kan.dah lah tinggi.lepas itu, kat free air plakkan.aku bukan xnak naik.tapi,seganlah nak jerit kan.haha.cet!banyak lagi game.korang boleh main berulang kali.


(kiri ke kanan: pirate revenge)

ini gambar dia.pirate revenge.scary okey. (Google, 2012)

******* SCREAM PARK ********

untuk scream park kali ini, aku x masuk pun.sebabnya,ramai dan aku rasa xbest sangat pun.last november,aku dah masuk tempat ini.overall, so-so lah.mula-mula dengar dia cerita (lama dan bosan).then,jalan-jalan.ada orang kat penjara.ada lah hantu kua ke apa ntah.lepas itu, dia soh pakai spek 3D.nanti kita kena lalu jambatan pusing-pusing.(ilusi optik semata-mata).dalam park ini ada 5 bahagian.so, kenalah habiskan semua bahagian which is lalala lah kan.tapi,kalau korang dah beli ALL PARK,baiklah korang masukkan.


******* WILD LIFE PARK*******

okey,kat sini kalau korang dah penat main semua, mehlah masuk tempat ini.semua orang boleh masuk.kita tengoklah haiwan-haiwan yang ada.tadi, ada gerombolan kanak-kanak tadika.bagus budak-budak ini.semua beratur.nak tengok haiwan.bagus.


******* THEME PARK *******

theme park ini, kawasan mandi-manda lah.ada gelongsor sana sini.bolehlah korang main.selalunya,tempat-tempat ini dimonopoli kanak-kanak.biasalah kan.



******* CONCLUSION ********


(gambar mahu pulang sudah)

so, overall SL tempat yang best untuk meluangkan masa dan bersuka ria.Oh oh oh,masa nak keluar, korang diberi pilihan untuk ambil semula duit RM10 yang mula-mula korang bayar tadi atau boleh ditukarkan dengan cenderahati SL.ikut suka lah kan?.kali ini, aku amik jam.

(jam SL, jadilah)

kat KL pun banyak tempat untuk pergi. Nanti aku update lagi okey?.


okey, Assalamualaikum w.b.t.















Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum w.b.t.

hai.



Halllllllllooooo. Lamanya xupdate blog...


************************************************


Bulan Mei merupakan bulan yang sangat istimewa buat kami sekeluarga.ye lah, kira macam pakej lah bulan 5 ini.alhamduLILLAH...

bulan 5 merupakan:-


1. Selamat hari lahir, Mak   (13 Mei)



2. Selamat hari ibu, Mak (13 Mei (setiap hari ahad, minggu kedua bulan 5)



3. Selamat hari guru, Mak (16 Mei)


tahun ini, abang aku bawa kami pegi makan kat SR, rawang. best. thank you, abang... @ ck mir... haha.


sebenarnya banyak benda kita buat, sambut xsama pun dengan apa yang telah mak dan ayah kita bagi.



********************************
sebab ibu bapa kita....

lama duduk berdoa di hamparan sejadah selepas solat, menadah tangan, tunduk merayu meminta dariNYA...berdoa untuk kita...

sedangkan kita...

berdoa sesingkat mungkin...

***********************************

dikala ibu bapa kita....

mengambil tahu tentang tarikh dan masa peperiksaan anak-anak, semata-mata untuk bersama-sama membacakan yaasin supaya anak-anak tenang menjawab peperiksaan...

sedangkan kita...

belajar pun berniatkan..''sahaja aku belajar kerana nak lulus exam...''

*************************************

ketulusan ibu bapa kita....

mengajar anak murid bersungguh2 semoga anak-anaknya juga mendapat ilmu yang diberkati...

sedangkan kita...

lupa tentang asas sesuatu keberkatan dalam kehidupan...

***********************************
kepayahan ibu bapa kita....

menyediakan segala kemudahan untuk memudahkan perjalanan dan urusan anak-anak...

sedangkan kita...

menggunakannya untuk berjimba sahaja...

**************************************


dan banyak lagi kebaikan yang rasanya xperlu aku tulis disini...seorang mak dan ayah...akan sentiasa berada disisi anak-anak mereka walaupun pelbagai perkara anak mereka telah lakukan.

thank you, mak dan ayah...

sebab

marah/rotan kami waktu kecil...
tegur kami jika salah....
mengajar kami asas agama...
kesemuanyalah...


kerana itu,

kami ada disini...
menjadi insan yang mungkin menerajui masa hadapan...
mampu mengorak langkah...
walaupun kadangkala tercungap, terjatuh...
mak dan ayah sentiasa ada disisi...
memaut tangan kami...
menyuluh jalan kami...


dan yang paling penting...

terima kasih diatas kasih sayang yang diberi buat kami empat beradik...dan kucing-kucing juga...



p/s: gambar dari google, 2012.