Tuesday, July 24, 2012

tips ber-shopping!!!

Assalamualaikum w.b.t.

hai.


hei, dah masuk 4 hari umat Islam di Malaysia berpuasa. AlhamduLILLAH. dan dan dan ini bermakna semakin rancaklah manusia sibuk untuk membuat persiapan raya.SHOPPING!


so,kat sini aku nak share sedikit sebanyak tentang tips sebelum dan semasa ber-shopping


*******************

Sebelum

1. Tido awal, and sahur


sumber : imej google.

hei,penting hokey dua-dua ini.firstly, tido haruslah cukup.sebab esoknya kita perlu menggunakan semua pancaindera dalam pemilihan barangan.pilihan adalah sangat banyak.rambang mata.itu nak ini nak.pemilihan dalam pilihan.keduanya, bersahur. come on rakan-rakan.marilah bersahur! makanlah pape yang boleh menjana tenaga anda.sihat dan kuat sepanjang hari.


2.list, duit, 


sumber:imej google

bagi mengelakkan pembaziran yang melampau, baiklah kita buat list.apa yang nak dibeli.selain ia membantu menjimatkan masa kita untuk mencari dan membeli,kita juga dapat bajet berapa total kesemua pembelian kita pada hari itu. hei,lagi satu,nampak macam tersusun sikit kalau buat list ini.

Contoh:

1. Senaraikan barang apa.

baju kurung
blouse
seluar
selipar

kalau boleh nak brand apa lagi bagus.jimat masa.jimat tenaga.hidup yang fokus.

2. Dah tahu barang, bolehlah tentukan tempat yang ada jual barang2 kat atas.boleh bajet harga sekali.xnaklah bajet burst.

baju kurung-jalan TAR
tudung-jalan TAR
seluar-mid
selipar-mid

penting weh, nak tahu tempat yang perlu dituju.penting untuk masa,parking semualah.huhu.kalau main terjah,boleh aje.tapi,kang parking xder. kalau naik tren,ramai.kepam.angkat barang,xlarat.So,marilah kita buat cadangan tempat shopping.macam ini:

Jln TAR--->SOGO--->Mid--->Uptown Danau. (contohjer)

Then, before nak g shopping ini, siap-siaplah kuakan duit.elakkan dari kuakan duit waktu nak shopping.dengan kena beraturnya.lepas itu,mana lah tahu ada yang memerhati.nauzubILLAH.kuakan duit x yah banyak2.jimat beb.jimat.bagi yang nak pakai kad pun boleh.tapi,fhm2lah.kekadang machine kat kaunter itu,sistem dia down.hampehhh.


**************

Semasa

Datang awal.Wah,nampak macam semangat sangatkan nak shopping?.haha.penting weh datang awal.parking kat KL ini,makin sikit, xseiring dengan kepadatan penduduknya (haruslah kan).so,bila datang awal,kita jugak yang untung! parking dapat.semangat masih membara.tenaga berada ditahap yang sepatutnya.cuaca masih sejuk.Orang x ramai.Kepanasan x melampau.Wahhhh.ber-shopping perlulah tenang.Bolehlah snap-snap gambar sikit upload kat fb/blog.haha.Kenangan.Bila lagi?

Dihari shopping, pakailah pakaian yang selesa.Kalau boleh,kasut/selipar pun xyah lah nak bertumit sangat.Sakit weh jalan.Kita bershopping,perlulah dengan rasa gumbira.Senang hati.Berjalan dengan sesuka hati.Xnaklah sakit-sakit.hehe.lagi satu, pakai tudung yang senang nak dipakai boleh?.hehe.yang sarung jer pun okey.Iyelah,senang nak solat.Faham-fahamlah kan,dah namanya pergi waktu2 puncak ini,selalunya memang ramai.surau pun,ramai giler orang.pakai tudung sarung,boleh jimat masa.Xderlah tunggu lama sangat  depan cermin.hehe.Kesian kat jemaah lain jugak.Keselesaan dalam solat penting weh.Keseronokan,keghairahan kita bershopping xperlulah sehingga mengganggu kekhusyukan orang lain menunaikan solat.

Duit hendaklah disimpan ditempat yang berbeza.Tips ini,bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.Contohnya,ada pencopet.dan kesemua duit lesap.sadis.mintak dijauhkanlah.Ameen.kalau nak letak kat wallet/henbeg pun boleh.tapi,berhati-hatilah.Kita jangan leka okey?

Setiap orang ada minat masing-masing.Bagi nko,itu lawa.bagi aku, x. So,belilah apa yang anda mahukan.Xyah lah weh ikut kata orang.Minta pendapat,xper.Kalau x sama pendapat kita,ignore.Belilah asalkan nko puas.

Owh,shopping punya shopping jangan lupa nak berbuka puasa.Kalau rajin buatlah reservation kat mana-mana.Senang.Datang, terus berbuka. Amacam?stylekan?.Nampak macam dewasa kan buat reservation bagai.xpun,berbuka sikit, then,solat.then baru berbuka secara biasa.Aku suka yang macam ini.Xterkejar2.


******************

Well,itu jer yang aku ingat apa nak ditulis dan di-share.hehe.sebenarnya, aku pun dah plan nak g shopping.As a student, aku x bolehlah berbelanja besar macam kau-kau-kau orang diluar sana.Aku kena biasa-biasa aje.Baju-baju yang aku rasa aku xmampu nak beli,haruslah aku mengendeng kat mak ngan ayah aku.haha.Yang dibawah bajet aku, bolehlah aku beli sendiri.Selalunya,item dibawah bajet macam selipar 20hengget.hehe.nak murah beli kat up/downtown.Nak rasa maca up sikit,belilah kat alamanda.haha.walhal,selipar yang sama.tempat jer berbeza.hehe.Nak rasa up punya pasal.ish.ish.ish.


Aku ini persiapan raya memang se-minima yang boleh.Sebab aku x pergi mana-mana pun.Nak nak opah dah xder.So,adik-adik mak dan ayah akan datang rumah.Raya.Aku pakai baju kurung,cukupkan syarat jer.Lepas lawat nenek kat sg buloh,then balik rumah.Petang dah salin baju dah.haha.Second day, selalunya jalan-jalan g tour rumah sedara.Sedara aku kat sini jer pun.Paling jauh,pakusu aku lah.duduk senawang.Itu pun kawasan taman.Memang xderlah rasa kampung.huhu.Kekadang rasa jeles jugaklah tengok orang eksaited balik kampung.Aku ngan adik beradik aku, kalau malam raya, suka balik rumah serendah lalu jalan highway.haha.keluar tol duta masuk tol rawang.Saje jer.nak rasa feel balik kampung.haha.Papepun, kat mana pun beraya, aku rasa bersyukur.At least dapat raya.EH,dah cite pasal raya???.oh men!tersasar awal.


So,selamat berpuasa dan bershopping juga.

























Wednesday, July 18, 2012

Ada apa kat depan itu?

Assalamualaikum w.b.t.

hai.


Keadaan yang sunyi kekadang merembeskan adrenalin yang ekstrem.So,alternatif lain bagi menenangkan diri,marilah kita kekedunia blog.bercerita mengenai pengalaman, luahan melalui alam maya merupakan salah satu cara zaman kini kita bereksperimentasi dengan dunia.


***************


sekarang ini dah bulan 7.nak akhir-akhir dah pun.banyak perkara menari-nari,terjerit-jerit difikiran.kekadang bermonolog seperti orang gila,kekadang tersenyum berimaginasi ke masa hadapan.Kesusahan dihari ini dan lepas pasti ada hikmah disebaliknya.

semalam,sewaktu menemani rakan menguruskan hal claim,terserempak dengan rakan lama.rakan sekelas.bukannya x rapat.tapi itu dulu.sekarang ini,masing-masing ada haluan dan perjalanan sendiri. Memandang keadaan fizikal dan cara kawan yang berubah, menimbulkan tanda tanya yang menggerakkan hati untuk mencari jawapan.soalan tanpa jawapan seperti perkara yang tergantung bukan?.

Kami ada berbicara tentang perjalanan seterusnya.Pilihan si kawan lebih kepada academician. Ilmu,pencapaian yang ada, aku yakin dia boleh melakukannya.dan aku?aku harap kehendak dan peluang berjalan seiring.kepuasan itu penting.


***********************

buang ayat skema2.pening2.meh layan soalan orang selalu tanya aku.

okey, soalan cliche selalu ditanyakan kepada aku.

1. x penat ke setiap hari ulang alik?

kadang2 penat jugak.tapi,fun sebenarnya.dulu,aku suka lalu yang xder kena tol.skg,setiap hari aku akan spend rm5.40 untuk tol.mungkin faktor usia.makin berusia makin malas nak menyesakkan kepala dengan lampu merah.



2. best x tetiap hari pakai tshirt g keje?

wah.haruslah best.kalau boleh pakai trackbottom, lagilah aku suka.haha.
sumber:imej google


3. nko g and balik keje pukul berapa sebenarnya?

haha.ini soalan kelakar.sebab aku pun x tahu jawapan.lebih kepada datanglah agak-agak before lambat.baliklah jangan terlalu awal.pandai-pandailah manage masa.tapi,yang penting,keje kena siaplah.ikut kehendak.


4. bila nak habis belajar?

aku sensitif sikit kalau org tanya soalan macam ini.haha.poyokan?.sebab aku x pernah boleh bagi waktu tepat.soalan pun aku keliru. 

habis belajar?.maksud nko apa?.

4.1 habis belajar dalam kelas?

aku dah completekan kelas aku tahun 2010 lagi.

4.2 habis belajar untuk lab?

pertengahan 2011 aku dah ala-ala siap.bolehlah.kalau xder penambahan.setakat ini,alhamduLILLAH.

4.3 habis belajar maksudnya?kesemuanya?

meh aku terangkan sikit-sikit. pelajar macam aku, ada step kena ikut. 

1. kena lengkapkan kelas - alhamduLILLAH (2010)
2. kolokium - alhamduLILLAH (7/2011)
3. persidangan (optional) - alhamduLILLAH (2010)
4. jurnal -alhamduLILLAH (2012)
5. notis hantar tesis 
6. penyerahan tesis
7. viva

nampak macam eh, sekejapjer. tak. semuanya masa. okey, macam step aku kat notis hantar tesis. aku kena tunggu 3bulan untuk hantar tesis. then,nak tunggu viva paling cepat pun 3 bulan. pembetulan,penjilidan kami ada prosedur. panjang. pengurusan masa memang kena bijak.selalunya lepas dah hantar notis,dah legalah.kira boleh senyum2.hantar resume kat mana2.hehe.

macam aku,drag masa banyak sangat kat manuskrip. dari penulisan, english editor, submit kat mana-mana, then ada reviewers, comment2 yang hanya tuhan yang tahu, barulah boleh diaccept.Panjang ceritanya.Sebab itu,kalau ada jer orang tanya kat aku pasal master, aku mesti suruh diorang masuk koswek.memanglah tanggung sendiri.tapi,mara ada.nko belajarlah dapat pointer yang hebat2.

in a positive side, semua ini pengalaman. Mungkin pengalaman aku x sebanyak korang yang dah keje.tapi,aku seronok dengan pengalaman ini.dan mungkin guideline terbaik untuk aku kalau aku nak further PhD, insyaALLAH. 

berbalik kepada soalan,

5. nko dah keje ker?

haha.ntah.aku pun x tahu aku dah keje belum.eh?.aku pun pening.



*****************************

 dah nak sampai kepenghujung master.semoga berjaya.dan bantu aku untuk langkah kehadapan.sebab aku selalu tertanya-tanya


"Ada apa kat depan itu?"





Tuesday, July 17, 2012

High IQ? so what?

Assalamualaikum w.b.t.

hai.


tadi masa jalan-jalan buat blog walking sekali terbaca tentang artikel yang ada pada blog dr faiz khaleed.isu yang disampaikan sangat menarik.isu ini diambil dari artikel-High IQ? so what?.


sumber: faizkhaleed.com (kalau xnampak,sila pergi kat blog dr faiz)
Baca disini

mempunyai tahap IQ yang tinggi adalah satu anugerah sebenarnya.Tapi,ia tidak bermakna kita akan mempunyai tiket khas untuk kita terus berada dipuncak kejayaan.Samalah macam orang yang dilahirkan tup tup tup terus jadi anak jutawan,kaya.tapi tak bermakna dia akan jadi jutawan jugak.vice versa.

melihat dari pengalaman sendiri, aku berpeluang untuk berkawan dengan kawan-kawan yang dikatakan mempunyai IQ yang tinggi (budak PTS).Orang kata, budak lompat, IQ dia tinggi.Aku boldkan kat situ Orang kata.tapi,bagi aku, it depends.Back to 1998, darjah 5 di SKTSG. batch aku hanya 12 orang jer budak lompat. so,setiap 4 orang dibahagi ke 3 kelas yang berbeza.setiap kali exam,kawan2 sePTS dgn aku pasti akan dapat markah tertinggi.WAJIB.memonopoli keseluruhan nombor tertinggi dalam kelas mahupun darjah.tapi,tidak pada aku.aku sentiasa terkebelakang.Prestasi mula merosot.But then, I realized, banyak dah aku ketinggalan.Aku mencari mana silap.Dan silap terbesar: I keep on blaming my self.blame sebab xdapat markah tinggi macam sebelum ini.blame itu dan ini.dan terus blame.aku lupa yang IQ,rohani dan belajar perlu seiring.aku pernah terbaca IQ kita,boleh berkurangan disebabkan faktor tertentu.mungkin aku termasuk dalam golongan itu.dan aku still berharap IQ aku akan meningkat.

Setelah masuk U,aku try untuk cari balik kawan2 PTS aku.Mereka berada dilevel yang tinggi.seperti biasa.Mereka berjaya gunakan IQ yang tinggi sebagai anugerah yang tak ternilai harganya dan menjadikannya sebagai kelebihan.Seiring dengan pendidikan.Walaupun aku tidaklah terbang tinggi untuk belajar,tidak sehebat kawan-kawan aku,tapi aku percaya mesti ada sebab disebalik semuanya.Pasti ada sesuatu.Aku nampak yang tersurat.Dan percaya pada yang tersirat.


IQ yang tinggi bukanlah satu tiket tetapi ianya satu kelebihan.Macam beli tiket kat wayang.Kalau ada tiket khas,xperlulah kita beratur panjang beli tiket.Tapi,kalau kita blur and xfhm konsep tiket khas,maka beraturlah kita bersama-sama orang yang nak beli tiket.Aim still sama:nak tengok wayang.lambat/cepat jer.


Sedih, buat test IQ kat fb,score anda rendah?.takpe,kita geng! haha.



High IQ? so what?






Monday, July 16, 2012

me,kawan @ melaka

Assalamualaikum w.b.t.

hai.

ini nak cerita tentang 2 minggu lepas punya aktiviti. aku ada ke melaka bersama kawan2. kali ini x payah guna gps.kami bawak orang melaka sebagai pengganti gps.senang jer jalan.konfiden skit.

pergi melaka ini, as usual lah.last minute punya plan.sebab ramadhan dah nak dekat.next weeknya pulak,semua sibuk dengan aktiviti.hari weekend memang xboleh kacaulah.hari rehat bersama keluarga.so,waktu yang terbaik ialah hari Jumaat.kami skip summer school.maaf lecturers!

tujuan utama ke melaka mestilah nak lawat ecah.kawan sebelajar kami masa degree dulu.dia jaga kedai jeans ayah dia.so,as pewaris owner,mana lah boleh sangat nak skip.orang berniaga kan.jadi,kamilah yang pergi melawat dia.kekadang kami ke rumah dia.tapi,kali ini x.kami lepak kat kedai.makan pun kat depan kedai jeans dia jer.gambar lupa amek.nak tahu x,tentang kebiasaan percakapan orang melaka.selalunya akan keluarkan ayat-ayat yang 'keras' bila berbicara.bagi kita orang luar,mungkin lah rasa 'keras'.tapi, dah terbiasa dengan dia ini.apa-apa yang dia lafazkan,bukanlah membawa kearah makna yang dilafazkan.so,jangan terkecik hati plak bila bercakap ngan diorang ini.hehe.banyak yang dibincangkan.banyak nasihat diungkapkan.itu lah kawan.


lepas jer, gerak dari tempat ecah,kami ke jj melaka.cno nak beli barang persiapan.so,dah beli semua,kami pergi ke (rujuk gambar)


kami pergi ke klebang coconut milk shake (kot!).aku xminum coconut ini.tapi,memang recommended lah untuk datang.tempat semakin selesa compared yang before.aku suka makan nasi lemak dia.hehe.kat sini, aku suka sebab ramai sangat orang cina datang.india pun ada.so,baguslah.

selepas selesai minum petang, kami pergi main layang-layang kat pantai.best.sekarang ini kalau korang xtahu nak naikkan layang-layang,boleh bagi kat aku.aku dah pandai sikit.dah tahu teknik.abg layang-layang ajar.



masa ini,tali layang-layang kitorang dah putus.so,diorang berdua ini pergi kejar layang-layang.aku xkuasa nak keja.haha.

then,lepas dah puas main layang-layang semua, jannah dah selesai jumpa si kekasih hati, kami pun berangkat ke rumah jannah.xjauh pun.dekat jer.kami ke rumah amni (anak sedara jannah), then ke umah jiran jannah then baru lepak rumah jannah.


dari kiri:amni,cno dan amni,jiran jannah.

so,dirumah jannah, dia bungkus kuih raya untuk berniaga (banyak,boleh tempah), then, layan amni tido.dalam 9.30 lebih baru kami berangkat pulang.hantar jannah kat bangi,then cno kat serdang.then,aku balik ke serendah.

penat xyah cakap lah.tapi,puas hati dapat jalan.


p/s:cno,dah pun lapor diri kat aelb.
p/s:jannah plak dapat anugerah 'best presenter' untuk kolokium
p/s:aku?.ada lah.rahsia.hehe.alhamduLILLAH.







family gathering (N9)

Assalamualaikum w.b.t.

hai.

okey xder benda nak cerita sebenarnya.so, fikir punya fikir haruslah atleast update something dah alang-alang bukak ini kan...

berbalik pada tajuk. 


*************************


menjadi kebiasaan keluarga RAahmad untuk adakan family gathering ini.Berjumpa sanak sedara,update apa-apa yang patut, makan-makan, dan paling penting solat berjemaah and adakan tahlil untuk mereka yang telah tiada.sebelum ini,kami berkumpul kat rumah opah kat greenwood. sejak opah dah xder, adik-beradik mak aku take turnlah buat kenduri.

kali ini,kat umah pakusu.bertempat di N9.


gambar: tuan dan puan penganjur.



*****************************


aktiviti sebelum pergi restoran damsyik,N9.


masa ini kat restoran dah.ini gambar adik-adik sedara aku yang kecik-kecik.overall,makanan dia sedap-sedap.alhamduLILLAH.kenyang.



ini aktiviti selepas maghrib and sebelum isyak.bacaan yaasin dan tahlil untuk orang-orang yang telah kembali kepadaNYA khususan kepada opah dan atuk (alfatihah).


ini sebenarnya gambar selepas makan.nak balik umah pak usu semula.gambar adik and adik sedara aku,zaid xder plak.diorang tukang amek gambar.

aku tahu cerita and gambar tak teratur.xperlah.aku pun dah letih tengkuk ini.dah x dan nak tunggu lama-lama depan ini.

gambar-gambar ini pun aku grab dari fb abang aku jer.aku ada amek gambar jugak.tapi,berkurunlah nak tunggu aku yang transfer gambar ke laptop.malas tahu!

owh, aktiviti ini pun berlaku 2jun 2012 yang lepas. lama kan?.

14july 2012 lepas, majlis yang sama diadakan dirumah mak dan ayah kat serendah.so, semua orang datang.best giler.tapi kali ini,kami x buat barbeque.kami masak jer.okey buang perkataan kami.ganti perkataan mak dan ayah.haha.

okeylah.sampai sini saje.