Tuesday, January 8, 2013

Permulaan Januari 2013

Assalamualaikum w.b.t.,

hai.

Dah masuk tahun 2013 pun.alhamduLillah.

Okey, tahun 2013 ini aku start dengan aktiviti yang aku sendiri tak sangka boleh terbuka hati nak pergi.Dan ke tempat yang aku x sangka akan aku jejaki buat masa ini.Hehe.Tapi, itu lah kan kuasa Allah.Takdir.Siapa boleh lawan?.

So, setelah gedebak gedebuk encik supervisor suruh pergi, aku pun pergi lah.Aku ada masalah dengan tempat ini sebenarnya.Sebab dulu aku pernah datang untuk bercuti.Menghampakan.Dan terkesan sampailah aku dewasa ini.Sebab itu ada sedikit was-was untuk aku datang lagi.Tapikan, pabila aku dah decide untuk pergi, perkara pertama aku buat ialah buka hati dan fikiran untuk memandang tempat ini kearah yang baik.Segala memori dulu, aku cuba ketepikan.

Dan alhamduLillah, aku dapat perkara yang positif sepanjang mengikuti program kat sini. A good news right?.

Nak tahu apa yang positif?.Meh kita share.Orang kata sharing is caring.


Sebelum itu, aku nak bagi details sikit:

Lokasi: Kota Bharu, Kelantan
Program: Bengkel penulisan manuskrip jurnal

4/1/2013

bertolak dari LCCT dan ke KB. Kawan datang amek, check in, makan kat umah kawan, lepak pantai, balik hotel.

Malam itu plak, kitorang sepatutnya ada 'lecture' sket. Tapi, tukar kepada sesi motivasi.Peh.Insaf okey.tentang tugas aku as a student and kehidupan aku yang berkait rapat dengan ilmu.

Tentang penghasilan manuskrip.New knowledge.Why do you have to write and publish.Eventhough you have a bad results.Thats a part of your research right?.You can share the weakness with others.The philosophy.Your responsibilities as a scholarship holder.and the most important part, your responsibilities as a muslim/ah.

ada banyak lagi sebenarnya.Tapi,secara jujurnya,terkesan juga kat diri ini.Aku banyak dah jauh dari arah.Tak fokus.Nak tahu siapa motivator kami?




and setelah selesai sesi motivasi, banyak juga yang aku and roommate bincangkan, renungkan. Laksanakan?.hehe.belakang cerita. kami usahakan.


5/1/2013

Then esoknya, bermulalah sesi bengkel. Prof Sukiman, Prof Shahidan dan Prof Ainun mulakan tugas masing-masing.Dan kami ada sesi semakan manuskrip.Peh,berpeluh.Aku diletakkan under Prof Sukiman.Hehe.Kimia kot.Agaknyalah.Masa sesi semakan, punyalah cuak.Iyelah, manuskrip aku buat sehari sebelum pergi.Gilerlah.Dengan grammatical errornya.redundant.Berserahjer depan Prof.Tahu dop,aku ada penyakit.Depan Prof atau mana-mana lecturer,Parkinson dtg.Serius.

Tapikan yang bagusnya,bila one by one dengan reviewer ini,kita dapat tahu mana salah kita.Apa yang jurnal nak.Apa yang patut kita letak dan tak.Betulkan ayat.Semuanya.Baguskan?.Kekuatan sesuatu manuskrip terletak pada apa.Cemana nak dapat high impact.So, kalau korang nak tulis manuskrip jurnal, banyak perkara yang korang perlu ambil tahu.Belajarlah.Tunjuk kat supervisor.Hehe.Then, bila hantar kat editor mana-mana jurnal yang korang pilih dan bersesuaian, sila sila sila lah buka hati anda sebab anda akan dikomen dengan pelbagai perkara.Sentap boleh.Tapi, jangan sentap lama-lama.Masa berjalan.Nak nges boleh.Tapi jangan meleret.Terbawa-bawa.Ini jenis hati tisu lah.Yang kalau kena kritik, ada lah hole yang boleh menyebabkan darah terpancut keluar dan akhirnya ----.okey, hiperbola sangat.Xlah,korang kena faham.Kalau kita hantar kat elsevier, or papelah yang internasionale ini, reviewernya bukanlah orang kita yang tahu berlapik.Diorang direct jer.Saintis pun kan?.Korang tengok saintis saintis luar sana, ramai ke cakap berbunga-bunga bagai?kalau ada,percentage nya adalah sangat rendah.haha.Kalau x,xkan lah terbitnya formula E=mc^2 bagai.Semuanya direct.Dah terbiasa dengan singkatan dan direct.So,buka hati.tabah.bersedia mendengar.


Sekitar perbincangan manuskrip jurnal.



















Perbincangan pembetulan jurnal ini mengambil masa sampai kepetang.Then masing-masing blur dan berasap.So,malamnya kami xder bengkel.Hehe.Mari berjimba!.

6/1/2013

Okey, last day untuk bengkel.Ada lah nasihat dari para pensyarah.Kata-kata semangat.Eh, ada pertandingan okey menulis manuskrip ini?.Baru tahu weh.hehe.Konfemlah, aku punya kalah.Siap kena tegur pasal garisan graf lagik depan orang ramai.Hehe.Malu hokey.



Overall, aku seronok pergi bengkel ini and trip ke Kelantan kali ini, best.
Banyak urusan dipermudahkan.
Secara tak langsung, kenal orang lain terutama pelajar mikrob.Hai!.
Banyak bersembang dengan para pensyarah especially Prof nuklear lah kan (secara off record).
Ber-shopping dengan Prof Ainun kat Pasar khadijah ke buluh?best.
Terima kasih, prof(s) atas segala perkongsian pengalaman
Terima kasih, cno dan keluarga.
Terima kasih, an amt.
Terima kasih, keluarga.
Terima kasih, 12 orang pelajar yang terlibat.
Terima kasih, kak Ari and sharol
Terima kasih, Allah.


Kelantan, 14 tahun lagi, aku lawat nko lagi okey?.

Kelantan. 1).dari view tingkat 16 HR,KB 2).PCB 3).Terbanglah engkau membawa impian sikecil!