Thursday, March 22, 2012

SPM.

Assalamualaikum w.b.t.

hai...

aku barujer lepas tengok cite ini kat tv2.cerita yang best dan senang-senang aje.tapi masih ada mesej. Cerita ini mengisahkan tentang seorang anak  lelaki yang sangat manja dan kaya.semuanya dia dapat dengan mudah.sehingga satu hari dia fail dalam peperiksaannya.dan disebabkan kegagalannya, pergaduhan berlaku antara anak lelaki ini dengan ibu bapanya.dan dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah keluarganya. kemudian, bermulalah kisah hidup lelaki ini untuk berdikari bersama seorang perempuan.and blablabla...tamat...


 
Wake up sid image. (Google, 2012)


cerita ini memang patut ditonton oleh orang ramai terutamanya pelajar-pelajar yang baru dapat result SPM siang tadi.seorang yang gagal,xbermakna dia akan gagal selamanya. Kegagalan itu, merupakan titik permulaan bagi sebuah kejayaan. Dan jangan sesekali berhenti untuk berusaha dan ingat pada mereka yang berada disekeliling kita terutamanya ibu bapa lah kan. Ceritanya simple.tapi, masih ada point2 yang penting.



******************************************

SPM 2004

pada tahun 2004, aku dan kakak aku antara orang yang menduduki SPM ini.dan result aku xlah bagus pun.cukup-cukup makan.hehe.aku nak berkongsi satu rahsia (xlah rahsia sangat). waktu sekolah dulu, nama aku pernah kena tampal sebagai salah seorang yang xpernah lulus addmath.haha.ikutkan xderlah heran sangat.tapi,senarai nama itu,cikgu aku tampal kat tempat laluan pelajar.siap boldkan warna merah.aku tahu nama aku naik pun,sebab junior aku bagitahu.malu gila lah kan.jatuh reputasi aku.haha.aku ini,kalau dengan math jer memang xboleh masuk sangat.aku tengok banyak nombor pun,aku rasa boleh migrain.eh,korang xrasa addmath itu pelik ker?.sampai sekarang aku xfahamkan.kenapa buat-buat jalan kira ini, tetiba kena kaitkan dengan rumus lain,then jawapan dia xder nombor pun.fuh.peluh jantan mengalir bila teringat addmath.


fail add math, (Google, 2012)


tapi, kat sini aku nak stress kan. "Walau macamana teruk/bagusnya pun result kita dimasa kini, ia bukanlah jaminan kita menjadi seseorang yang sentiasa teruk/hebat dimasa hadapan". Pemikiran manusia sentiasa berubah yaw.Apatah lagi result periksa.TAPI,mesti ingat.setiap peperiksaan perlulah buat elok2.sebaik mungkin.sebab result periksa,masuk dalam resume yaw.Nak cantikkan resume,sila cantikkan result periksa anda.hehe.(aku sendiri pening dengan ayat aku)



********************************************


SPM 2011

tahun ini, ada seorang adik sepupu aku ambil keputusan peperiksaan SPM. Result yang lebih baik dari aku.Itu yang aku pasti.hehe.Walaupun, dia tidaklah termasuk dalam golongan straight A's, tapi itu pun dah memadai buat kami.Adik sepupu aku ini, dia tidak bercita-cita untuk masuk matrikulasi ataupun seangkatan dengan nya.Dia lebih berminat untuk mendalami ilmu agama, alhamduLILLAH.Dia jugak yang memperkenalkan aku dengan darulquran dan banyak lagi tentang pengajian berkaitan agama.


gambar SPM, (Google, 2012)


so, dear little cousin, Arif Azka


"Semoga berjaya dalam setiap apa yang diceburi yaw!"


dari kakak sepupu yang rock lagi ganas tetapi still ayu dan lembut (baca:perasan style makcik, geli muntah, haha), Kak Nana.



*****************************************

p/s:anda-anda juga.saya doakan anda semua berjaya.