Assalamualaikum w.b.t.
hai.
bertemu kembali.hari ini,cuaca panas terik.kucing-kucing aku?.berpeleseran tengah tido.gilllos panas-panas still boleh tidur.okey,hari ini aku nak bawa kita semua tentang satu kisah.
rajah 1.1 baldi pink (google, 2012).
bila berkata tentang dewasa, pasti pelbagai episod suka-duka telah dilalui. hari ini, aku nak cerita pasal kisah hati, sambil nyanyi lagu Alyah ataupun manusia putih a.k.a. adi sixsenth?. haha.ececeh.pandai plakkan nak cerita.tapi,ini bukan lah cerita peribadi.kisah ini diceritakan oleh orang kepada orang kepada orang dan seterusnya kepada orang.faham?.ignorelah sape punya cerita.
*****************************
satu hari dibilik.
Hawa: aku putus cinta
Kawan: huh?.hmmm.bila?
Hawa: baru.(then nangis...)-(rujuk rajah 1.2)
rajah 1.2 menagis (google, 2012)
komen :
sebagai seorang kawan, mestilah xnak,xsuka tengok kawan menangis lagi-lagi benda berkaitan relationship. yes,perhubungan seperti ini sukar untuk ditafsirkan.manusia berubah-ubah.sukar untuk jumpa hati yang tulus dan luhur.manusia ingin disayangi dan menyayangi.lumrah alam.siapa boleh menidakkannya?.dalam keadaan ini, nak nak sewaktu kita belum bersedia untuk memberi pendapat mahupun pandangan kepada si kawan, kita pasti diam dan terus-terusan mendengar bukan?. sebenarnya,itulah jalan yang terbaik.diam.dengarjer. apa-apa orang itu nak melepaskan apa yang terbuku. perempuan kaya dengan air mati.bukan nak berdrama.tapi itu lah hakikatnya.puas selepas meluahkan.
******************************
Hawa: aku xtahulah nak buat camana.rasa gelap.aku sayang....aku rasa dia lah Mr right (rujuk 1.3)....
(aku singkatkan dialog)
rajah 1.3 Mr right (google, 2012)
bila macam ini,sukar kita sebagai kawan untuk beri pendapat.dia kawan kita.tapi,dalam masa yang sama kita xnak dia terus menerus merosakkan diri.menangis,xmakan.kesemua yang xbest lah didengar.nak condemn si Adam?.bukanlah sesuatu yang baik.sebab?.si Hawa masih sayangkan Adam.kesemua tentang Adam adalah yang terbaik.so,the best way (style aku lah), Hawa ini perlu sentiasa ditemani.supaya dia xrasa lost.lupa untuk melakukan yang ibadah.sampai dia boleh berfikir secara waras yakni emosi stabil.maksudnya, bawa dia keluar dari keadaan yang dulu.kalau dulu,dalam kelompok yang ber-bf-gf. tapi,kini gfs-bfs.berkawan dalam suasana yang sihat. masa adalah ubat terbaik untuk sembuh.
**********************************************
yes,aku perlu akui, apabila menginjak umur 20-an, ia bukanlah waktu untuk kita bermain-main dengan perasaan.waktu ini,masing-masing lebih serius dalam perhubungan.Aimnya pasti ke 'bina masjid' (rujuk 1.4) . berkawan dalam umur ini bermaksud dalam proses kenal hati budi atau bahasa binaannya, mengenalpasti bahan-bahan yang konkrit dan sesuai supaya masjid yang dibina itu kukuh dan boleh bertambah ibadahnya.
Rajah 1.4 masjid (google, 2012)
p/s: banyak isu boleh dikupas.tapi,aku nak gantung dulu penceritaan sampai disini.
p/s: kawan adalah insan yang bersusah senang bersama.bukan bila engkau susah dan dia senang,dia akan berfikir negatif tentang kau.
p/s: bila mengalami situasi sebegini, jadilah kawan yang setia mendengar.gelak2.hati dia yang fragile,pasti akan pulih.