Saturday, March 17, 2012

Shiro Raja Lawak 6

Assalamualaikum w.b.t.

hai.

tadi telah diumumkan secara rasmi Juara Raja Lawak musim ke-6 menjadi milik SHIRO (Astro, 2012).wah.aku gumbira dengan result itu.dan aku juga seronok apabaila ZERO dan SHIRO, yang ber-chief-kecik-kan TAUKE menang tempat ke-2 dan pertama.Penghargaan haruslah dikreditkan kepada chief-chief mereka terutamanya Taukelah.Tauke merupakan seorang yang sangat concern pada anak-anak didik nya.buktinya?dapat dilihat apabila dia sentiasa update pasal penilaian peribadinya terhadap anak2 didiknya (murai, 2012). 

Empat Peserta Berentap Di Final RL6 
kredit : murai

Raja Lawak.

sejak raja lawak 1,aku dah start tengok2 RL ini.masa itu,aku hanya minat pada zizan.malangnya persembahan yang merudum masa RL 1,membuatkan aku rasa tak mahu dah tengok raja lawak 2. then, RL 3 aku kembali meminati rancangan komedi ini.Sepah banyak membukakan hati ini untuk terus aku memberi sokongan dalam rancangan ini.dan RL 4,jujur aku katakan,xberapa nak menyengat akan tetapi keharuman menjelma dalam RL5. kehadiran Man, R2, Balas banyak memberi sinar komedi dengan cara masing2.Man banyak menggunakan medium alam maya untuk berinteraksi dengan penyokong2nya.begitu juga R2.mungkin disebbkan itu,komedinya sentiasa diterima baik oleh orang ramai. Komen peribadi tentang RL6-sangat dinantikan kerana mereka akan dibantu dan dipantau oleh chief2 tertentu.dan dan dan kesemuanya merupakan finalis dari Raja lawak 1.konsisten persembahan hanya dapat dilihat pada SHIRO.yang lain kejap tenggelam kejap timbul.tapi,aku yakin kesemua peserta ini perlu diberi peluang,dibantu untuk menjadi lebih baik.Ini telah dibuktikan oleh Yus,Zizan,Johan,Angah dan Tauke.mereka kesemua dari RL 1 yang dulu aku hanya pandang sepi pada mereka kecuali Zizan.Tapi,sekarang setelah dibantu,diberi peluang, masing-masing mampu berdiri dan mendapat tempat dihati setiap yang meminati bidang komedi ini.yang penting berilah mereka peluang dan bantu. tak lupa juga buat insan ini (rujuk gambar dibawah)...mana tahu satu hari nanti dia akan terus berjaya?...macam red warrior yang dulunya hambar tapi sekarang???.(btw, saya RED GIANT yer...)


*








*







*

 
kredit : imej google.I'm sorry.


p/s: buat shiro, terus maju.jangan lupa diri,keluarga,kawan-kawan.insyaALLAH...one day,both of you will be someone.

p/s: komedi boleh juga dijadikan untuk berdakwah,jika kena dengan isi dan caranya.


p/s: super spontan plak lepas ini.

p/s: happy-gelak jugak.bekalan untuk disana jangan dilupakan.