Friday, March 30, 2012

warna lambang kepribadian???


Assalamualaikum w.b.t.

hai.


saje jer buat tajuk macam ini. aku bukan lah seorang yang pandai bab-bab psikologi ini.Warna melambangkan keperibadian?so, apa warna aku?


dulu, waktu aku amek speech com...time itu kita diberi partner.and partner akan teka apa warna kegemaran kita.ada yang berjaya teka.ada yang tidak.partner aku senang jer nak teka warna dia.sebab semua benda warna purple.so, haruslah purple warna kegemaran dia.tapi, ada jugak yang xboleh teka.sebab warna kegemaran dia, dia xtunjuk pun.kita teka warna lain,salah.


tapi, xsemestinya warna kegemaran kita adalah warna yang kita selalu pakai. cuba tengok diri sendiri.tengah pakai baju warna apa?barang-barang.banyak warna apa?.kadang-kadang kita beli barang atau pakaian bukanlah sebab warna kegemaran kan?tapi lebih kepada kesesuaian ataupun dah itu jer yang ada.ye x?.


banyak juga blog-blog yang aku baca pasal warna ini.tapi,itu hanya blog.bukan terbitan ilmiah yang sudah diapproved kesahihannya.hehe.macam blog aku.jangan percaya 100% okey?.sikit-sikit bolehlah.haha.okey,aku tipu...blog aku boleh percaya.aku cuba tulis sejujur mungkin. 





imej biru (Google, 2012)


imej merah jambu. (Google, 2012)

imej green (Google 2012)

imej black (Google, 2012)

imej purple (Google, 2012)

imej oren (Google, 2012)



dan banyak lagi pilihan warna.apa pilihan anda?betulke warna melambangkan keperibadian?.kalau betul, baguslah. kalau x, xper. kita tahu siapa diri kita kan?.so,jangan risau.apa warna berkata.hehe



tapi, perempuan cenderung memilih pink kan?










Thursday, March 29, 2012

Peribadi

Assalamualaikum w.b.t.

hai.


aish.apa mahu ditulis? tekan-tekan, padam-padam. dan berulang-ulang.okey nak update pasal peribadi lah sikit.sekarang ini aku dalam proses tulis menulis.dalam tulis menulis ini,banyak sangat dugaan.yerlah kan,kita bukan boleh merapu.Ia berdasarkan fakta.dan ayat perlu lah dalam standard sains barangkali.dan idea yang dikeluarkan umpama ............(menangis). Aku tahu aku bukanlah penulis yang baik.tapi aku akan cuba untuk terus mengeluarkan ayat-ayat yang menjurus kepada sains tetapi ia mudah difahami,insyaALLAH.Aku akan tulis sesenang ayat yang mungkin.supaya aku dan adik-adik seterusnya mudah memahami.aku akan usahakan.doakan yer?



***********************************************



Baru-baru ini, ada seorang junior bertanyakan itu dan ini.mengadu tentang rasa downnya dia bila buat sesuatu.aku pun pernah rasa perkara macam itu.bukan sekali dua.tapi,banyak kali! rasa jatuh terduduknya kita,bila apa yang kita buat x jadi.(contoh:kita mahukan larutan yang homogen.tetapi,larutan yang terhasil dalam 2 layer.ada yang 3 layer.) wah macam kek lapis sudah!.sedih gila.rasa yang berkecamuk.rasa down.

imej frustrated face (Google, 2012)

tapi,kita kena ingat.setiap dugaan pasti ada hikmah.ada jalan keluarnya.so, untuk 2, 3 hari, atau paling lama seminggu ker xperlah nak rasa down.tapi, kita kena cepat sedar.try baca apa-apa yang patut.try faham method.baca jurnal?.jangan lah ikut 100%.setiap yang ditulis dalam jurnal,pasti ada simpan rahsia.xkan dia nak reveal semua kan?.so,yang x direveal itu lah kita kena carik.try tanya supervisor.kalau xberani (aku lah itu,haha), tanya kawan-kawan.foreigner pun xper.tanya jer.pernah sekali itu, aku rasa give up.then,ada seorang kawan cakap kat aku...



''x perlah...try jer...aku dulu nak give up jugak.tetiba one day, result experiment jadik....''
(masa ini dia dah sem 3 baru eksperimen dia jadik)


and trust me, one day yang 3 layer jadi homogen.dan tengok imej sampel,alhamduLILLAH,ada.(walaupun xlah cantik sangat sebab saiz xsekata,haha)rasa nak nangis pun ada.happy dia rasa macam nak senyum tapi air mata mengalir.haha.giler sentimental.



imej 7 layer mixture experiment (Google, 2012)


imej arrow (Google, 2012)





imej homogenous mixture (Google, 2012)



so, kat sini just nak ingatkan.penyelidikan perlukan kesabaran.rajinkan membaca.hehe.aku pun kena usahakan untuk itu.sebab bagi aku,orang yang faham tentang sesuatu,dia dapat kaitkan dari satu ilmu ke ilmu yang lain.



sebenarnya,kalau boleh aku memang nak elakkan dari tulis pasal kajian ini.pasal menulis untuk manuskrip,persidangan,kolokium,tesis.sebab rasa xlayak.nak nasihat pun,xboleh.sebab xcukup bagus.tapi,aku akan cuba untuk tulis sikit-sikitlah.sebagai peringatan untuk aku.atau boleh dimanfaatkan oleh orang lain.



p/s:kawan-kawan aku dah start beranak.hehe.happy 2012 dengan kelahiran yang baru.so, untuk Fairuz Hazam, selamat menjadi ibu dalam bulan 5 nanti!hehe.=')

imej twin babies (Google, 2012)


baby dia kembar yaw!doakan yer,selamat semuanya.










Saturday, March 24, 2012

super apa? super spontan!

Assalamualaikum w.b.t.

hai.

hari ini aku nak cerita pasal rancangan terbaru kat astro warna.aku ini merupakan salah seorang yang sangat minat dengan komedi.so, astro warna memang kena ada lah kan.


okey,setelah promo banyak kali keluar kat tv, akhirnya barulah keluar kat murai cerita rasmi pasal super spontan. dan dan dan setelah melihat pada barisannya,aku rasa nak sokong kumpulan angsa ganas.haruslah.ada zahid,zizan,tauke,rahim r2, riezman dan lain-lain.wah.best bukan? korang mesti tanya mana johan?johan?johan xder ker?..dont worry.Johan mesti ada.dia masuk kumpulan beruang comel.



ahli-ahli kumpulan ini dipilih melalui cabutan undi (murai, 2012). so, bukan sesaje jer diorang masuk kumpulan mana-mana yang diorang nak.dan dan dan setelah aku tengok sepintas lalu, kebanyakan peserta datangnya dari latar belakang yang berbeza.


oh,yang paling menarik adalah juri-jurinya.nak tahu siapa???


 

Imej Boboi (Google,2012)

dan



*



*




*




 

Imej amir raja lawak (Google, 2012)




Gempak?xsabar aku nak dengar dia kritik.Okeylah.aku xtahu format dia macamana.xmungkin macam spontan.Spontan yang dulu pun best.Harap-harap kali ini lagi super lah kan.





p/s:berhibur berhibur jugak.tetapi ingat yer.ibadah jangan dilupakan.





Thursday, March 22, 2012

SPM.

Assalamualaikum w.b.t.

hai...

aku barujer lepas tengok cite ini kat tv2.cerita yang best dan senang-senang aje.tapi masih ada mesej. Cerita ini mengisahkan tentang seorang anak  lelaki yang sangat manja dan kaya.semuanya dia dapat dengan mudah.sehingga satu hari dia fail dalam peperiksaannya.dan disebabkan kegagalannya, pergaduhan berlaku antara anak lelaki ini dengan ibu bapanya.dan dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah keluarganya. kemudian, bermulalah kisah hidup lelaki ini untuk berdikari bersama seorang perempuan.and blablabla...tamat...


 
Wake up sid image. (Google, 2012)


cerita ini memang patut ditonton oleh orang ramai terutamanya pelajar-pelajar yang baru dapat result SPM siang tadi.seorang yang gagal,xbermakna dia akan gagal selamanya. Kegagalan itu, merupakan titik permulaan bagi sebuah kejayaan. Dan jangan sesekali berhenti untuk berusaha dan ingat pada mereka yang berada disekeliling kita terutamanya ibu bapa lah kan. Ceritanya simple.tapi, masih ada point2 yang penting.



******************************************

SPM 2004

pada tahun 2004, aku dan kakak aku antara orang yang menduduki SPM ini.dan result aku xlah bagus pun.cukup-cukup makan.hehe.aku nak berkongsi satu rahsia (xlah rahsia sangat). waktu sekolah dulu, nama aku pernah kena tampal sebagai salah seorang yang xpernah lulus addmath.haha.ikutkan xderlah heran sangat.tapi,senarai nama itu,cikgu aku tampal kat tempat laluan pelajar.siap boldkan warna merah.aku tahu nama aku naik pun,sebab junior aku bagitahu.malu gila lah kan.jatuh reputasi aku.haha.aku ini,kalau dengan math jer memang xboleh masuk sangat.aku tengok banyak nombor pun,aku rasa boleh migrain.eh,korang xrasa addmath itu pelik ker?.sampai sekarang aku xfahamkan.kenapa buat-buat jalan kira ini, tetiba kena kaitkan dengan rumus lain,then jawapan dia xder nombor pun.fuh.peluh jantan mengalir bila teringat addmath.


fail add math, (Google, 2012)


tapi, kat sini aku nak stress kan. "Walau macamana teruk/bagusnya pun result kita dimasa kini, ia bukanlah jaminan kita menjadi seseorang yang sentiasa teruk/hebat dimasa hadapan". Pemikiran manusia sentiasa berubah yaw.Apatah lagi result periksa.TAPI,mesti ingat.setiap peperiksaan perlulah buat elok2.sebaik mungkin.sebab result periksa,masuk dalam resume yaw.Nak cantikkan resume,sila cantikkan result periksa anda.hehe.(aku sendiri pening dengan ayat aku)



********************************************


SPM 2011

tahun ini, ada seorang adik sepupu aku ambil keputusan peperiksaan SPM. Result yang lebih baik dari aku.Itu yang aku pasti.hehe.Walaupun, dia tidaklah termasuk dalam golongan straight A's, tapi itu pun dah memadai buat kami.Adik sepupu aku ini, dia tidak bercita-cita untuk masuk matrikulasi ataupun seangkatan dengan nya.Dia lebih berminat untuk mendalami ilmu agama, alhamduLILLAH.Dia jugak yang memperkenalkan aku dengan darulquran dan banyak lagi tentang pengajian berkaitan agama.


gambar SPM, (Google, 2012)


so, dear little cousin, Arif Azka


"Semoga berjaya dalam setiap apa yang diceburi yaw!"


dari kakak sepupu yang rock lagi ganas tetapi still ayu dan lembut (baca:perasan style makcik, geli muntah, haha), Kak Nana.



*****************************************

p/s:anda-anda juga.saya doakan anda semua berjaya.





Monday, March 19, 2012

dan gameee.......

Assalamualaikum w.b.t.

hai.

hari ini aku nak cerita pasal game.Dalam family atau lebih memfokuskan adik-beradik, aku menduduki ranking terakhir.adik-beradik lain boleh kata okeylah dalam main game ini.haha.tiap kali nak off PSP, aku kena tanya adik aku.itu baru PSP.belum lagik PSs yang ada.dan disebabkan ketidak pakaran aku dalam bidang 'game' ini, aku selalu lah buatkan game ter'hang' lah, apalah.memang teruklah kiranya.


*********************


Sejak kecil, mak dan ayah aku dah belikan game untuk kami main (Rujuk rajah 1.1). Sebab utama beli game ini, hanyalah waktu itu, kes kidnap ini sangatlah berleluasa. Oleh itu, dengan adanya game ini, mak dan ayah kami dapatlah pantau kami bermain dalam rumah.dalam banyak2 game yang ada, aku hanya pandai main MARIO.Sonic pun aku xlepas.haha.teruk kan?dan game ini pun ada lagi kitorang simpan.memori.

 
Rajah 1.1 Old Joystick.(kitorang punya warna purple cair).
(Google, 2012)

Then,waktu tadika, ayah aku beli komputer.haaa.masa itu ada promosi kot.1rumah, 1komputer. pergggh. very eager dapat PC.yang ini,aku pandai on dan off.kat PC ini, banyak gila game.aku pandai main game 'orang hantar surat khabar'.zaman sekarang xder dah game ini.dan dari PC ini lah,aku start belajar main chess.sikit-sikit.sampailah tahap bolehlah.PC ini ada lagi kitorang simpan.bawah tangga.haha.dah kuning pun.tapi sayang nak buang.simpanjerlah.kitorang memang suka simpan khazanah lama ini.hehe.PC kitorang ala-ala yang ini (rajah 1.2).tapi,lagi lama lah.ada tempat letak disket jer.mouse dia pun yang warna putih itu.

 
Rajah 1.2 old computer. (Google, 2012)


Masuk sekolah rendah, ayah dan mak belikan PS1(rujuk rajah 1.3).Ini kira hadiah untuk adik aku sebenarnya.sempena sunat and PTS.tapi,xkiralah.dah mak dan ayah yang beli,so,semua kena kongsi.Mak dan ayah kitorang sangat mementingkan perkongsian antara adik-beradik.Kira harta nko,harta aku.harta aku,harta nko jugak.lebih kuranglah.haha.Nasiblah.Dalam PS ini, aku xpandai sangat main game yang ada.haha.jap jap jap.apa yang aku main erk?.ish,apa ntah.haaa.ada satu, PEPSImannnnn. itu jerlah yang aku pandai.yang lain,haremmmm.

Rajah 1.3 PS1 (Google, 2012)



Then, menyusullah kehadiran P-P yang lain dalam keluarga kami. Antaranya PSP lah kan.Aku rasa ramai orang ada.Budak kecik pun ada.Aku kenal Angry bird pun dari PSP (rujuk 1.4). Tapikan, aku pandai main Angry Bird ini dalam PSP jer.kalau soh main kat tempat lain, xreti. peghak x peghak lah aku ini kan.Can not go bak kata kawan aku. 

 

Rajah 1.4 PSP Go (Google, 2012)

sebenarnya,bagus kot main game ini.mengasah minda untuk menjadi lebih kreatif.Ia mengajar kita untuk menjadi lebih peka dan bertindak lebih positif.Tapi, perlulah kena dengan masanya. jangan lalai yaw.


p/s:kenapa aku tulis entry ini?. sebab aku tengok PS kat umah ini berdebu dan berhabuk.dan terfikir apalah sumbangannya pada kami...


till then, daaa...






Sunday, March 18, 2012

situasi: kawan putus cinta


Assalamualaikum w.b.t.

hai. 

bertemu kembali.hari ini,cuaca panas terik.kucing-kucing aku?.berpeleseran tengah tido.gilllos panas-panas still boleh tidur.okey,hari ini aku nak bawa kita semua tentang satu kisah.

rajah 1.1 baldi pink (google, 2012).


sebagaimana yang diketahui, aku dikelilingi oleh rakan-rakan yang lahir pada zaman 80-an. 90-an ada jugak.tapi, aku lebih anggap sebagai adik-adik. bila bercerita tentang orang yang lahir tahun 80-an,ini menunjukkan rata-rata umur nya dah 23 ke atas.masing-masing yang dulunya hingusan,berlari-lari sewaktu balik sekolah nak cop barisan kat dewan makan, berebut-rebut untuk cop toilet menggunakan baldi (rujuk gambar 1.1.)-pelbagai-warna-yang-ada-nama- didepan bilik mandi tak kiralah waktu pagi dan petang, kesemuanya kini sudah dewasa.


bila berkata tentang dewasa, pasti pelbagai episod suka-duka telah dilalui. hari ini, aku nak cerita pasal kisah hati, sambil nyanyi lagu Alyah ataupun manusia putih a.k.a. adi sixsenth?. haha.ececeh.pandai plakkan nak cerita.tapi,ini bukan lah cerita peribadi.kisah ini diceritakan oleh orang kepada orang kepada orang dan seterusnya kepada orang.faham?.ignorelah sape punya cerita.


*****************************

satu hari dibilik.

Hawa: aku putus cinta
Kawan: huh?.hmmm.bila? 
Hawa: baru.(then nangis...)-(rujuk rajah 1.2)

rajah 1.2 menagis (google, 2012)


komen :

sebagai seorang kawan, mestilah xnak,xsuka tengok kawan menangis lagi-lagi benda berkaitan relationship. yes,perhubungan seperti ini sukar untuk ditafsirkan.manusia berubah-ubah.sukar untuk jumpa hati yang tulus dan luhur.manusia ingin disayangi dan menyayangi.lumrah alam.siapa boleh menidakkannya?.dalam keadaan ini, nak nak sewaktu kita belum bersedia untuk memberi pendapat mahupun pandangan kepada si kawan, kita pasti diam dan terus-terusan mendengar bukan?. sebenarnya,itulah jalan yang terbaik.diam.dengarjer. apa-apa orang itu nak melepaskan apa yang terbuku. perempuan kaya dengan air mati.bukan nak berdrama.tapi itu lah hakikatnya.puas selepas meluahkan.


******************************

Hawa: aku xtahulah nak buat camana.rasa gelap.aku sayang....aku rasa dia lah Mr right (rujuk 1.3)....
(aku singkatkan dialog)

rajah 1.3 Mr right (google, 2012)


bila macam ini,sukar kita sebagai kawan untuk beri pendapat.dia kawan kita.tapi,dalam masa yang sama kita  xnak dia terus menerus merosakkan diri.menangis,xmakan.kesemua yang xbest lah didengar.nak condemn si Adam?.bukanlah sesuatu yang baik.sebab?.si Hawa masih sayangkan Adam.kesemua tentang Adam adalah yang terbaik.so,the best way (style aku lah), Hawa ini perlu sentiasa ditemani.supaya dia xrasa lost.lupa untuk melakukan yang ibadah.sampai dia boleh berfikir secara waras yakni emosi stabil.maksudnya, bawa dia keluar dari keadaan yang dulu.kalau dulu,dalam kelompok yang ber-bf-gf. tapi,kini gfs-bfs.berkawan dalam suasana yang sihat. masa adalah ubat terbaik untuk sembuh.





**********************************************


yes,aku perlu akui, apabila menginjak umur 20-an, ia bukanlah waktu untuk kita bermain-main dengan perasaan.waktu ini,masing-masing lebih serius dalam perhubungan.Aimnya pasti ke 'bina masjid' (rujuk 1.4) . berkawan dalam umur ini bermaksud dalam proses kenal hati budi atau bahasa binaannya, mengenalpasti bahan-bahan yang konkrit dan sesuai supaya masjid yang dibina itu kukuh dan boleh bertambah ibadahnya.

Rajah 1.4 masjid (google, 2012)


p/s: banyak isu boleh dikupas.tapi,aku nak gantung dulu penceritaan sampai disini.

p/s: kawan adalah insan yang bersusah senang bersama.bukan bila engkau susah dan dia senang,dia akan berfikir negatif tentang kau.

p/s: bila mengalami situasi sebegini, jadilah kawan yang setia mendengar.gelak2.hati dia yang fragile,pasti akan pulih.





























Saturday, March 17, 2012

Kasut tumit tinggi

Assalamualaikum w.b.t.

hai.

hari ini aku nak cerita pasal kasut tumit tinggi.haaa.aku cerita pasal kasut tumit tinggi?.kelassssssssss.memang totally opposite than me.xkisahlah.nak cerita jugak.

kebanyakan perempuan amat meminati KTT (rujuk gambar) ini.kalau tengok,kawan-kawan perempuan aku pun rata-rata lebih gemar pakai KTT ini.kesemua tempat yang dipergi,mesti nak sarung KTT ini.apa yang best pun aku x tahulah.bila ditanya, tak sakit ker, pasti mereka akan jawab sakit.dah itu kenapa nak pakai?.hehe.sebagaimana yang diketahui,perempuan itu complicated.aku sendiri akui,kebenarannya.kaum hawa ini,suka benda yang complicated dan menjadi complicated.

 
sumber : imej google.

*************************************************

contohnya :

perempuan suka untuk menjadi cantik

 

so,perlu tip top.

 

salah satu pilihan yang ada, perlu nampak tinggi dan cantik

 
kasut tumit tinggi---yes

 
sakit? xselesa? takper, asalkan cantik dan bergaya

 
kesana-kesini pakai KTT

 
sakit kaki,sakit tulang belakang, kekadang terpeleot, kekadang tumit tercabut

 
letak ubat,kes teruk jumpa doktor

 
lepas baik,pakai balik. and berterusan.

************************************************

complicated bukan?.walhal boleh jer pakai yang lebih selesa dan tiada tumit.xperlu menanggung kesakitan.xperlu menanggung malu bila terpeleot ditengah jalan.hehe.perempuan ini rumit.sebab kadang2 aku sendiri xfaham dengan diri aku.haha.terutamanya bila nak period.konfem.xder papepun,tetiba nangis.haaa.perempuan sukakan complicated.tapi,kaum ini gigih mengharungi complicated itu.

ada Adam yang pertikaikan kenapa Hawa suka pusing satu mall, end up shopping kat kedai yang 1st tadi. ataupun,paling teruk,xbeli.dengan alasan x ada yang sesuai.haha.

dia macam ini tahu, Hawa ini perlulah pusing sana sini.untuk satu kepuasan, dan Hawa suka yang 'PALING'.Paling cantik,paling selesa,paling semua lah.so,dia perlu lihat,mencari,meneliti kesemuanya supaya dia x terangau-angau, ter kesal-kesal, ter ingat-ingat pada satu benda itu. seriously.benda itu, PERLU. haha.sebenarnya,perkara ini sangat subjektif.meluas.kajian pun banyak persoalan.

okeylah.


p/s: aku tak suka KTT.tapi,xsemestinya aku bukan kaum hawa kan?hehe.

p/s: Hawa itu se-les mana pun dia, se-pengkid mana pun dia,aku yakin disebaliknya terdapat selembut-lembut perkara yang ada dalam dirinya. sebab itu memang dah diberi oleh NYA.tiada sesapapun,yang boleh menidakkan nya. begitu juga pada Adam. se-nyah mana pun dia, se-gay mana pun dia, aku yakin pasti ada peluang untuk mereka menjadi lelaki yang sempurna.

hehe.


kenapa entry ini ditulis?.sebab aku terpandangkan KTT.dan aku masih xsuka.



*** anak panah itu sumber imej google.