Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum w.b.t.

hai.



Halllllllllooooo. Lamanya xupdate blog...


************************************************


Bulan Mei merupakan bulan yang sangat istimewa buat kami sekeluarga.ye lah, kira macam pakej lah bulan 5 ini.alhamduLILLAH...

bulan 5 merupakan:-


1. Selamat hari lahir, Mak   (13 Mei)



2. Selamat hari ibu, Mak (13 Mei (setiap hari ahad, minggu kedua bulan 5)



3. Selamat hari guru, Mak (16 Mei)


tahun ini, abang aku bawa kami pegi makan kat SR, rawang. best. thank you, abang... @ ck mir... haha.


sebenarnya banyak benda kita buat, sambut xsama pun dengan apa yang telah mak dan ayah kita bagi.



********************************
sebab ibu bapa kita....

lama duduk berdoa di hamparan sejadah selepas solat, menadah tangan, tunduk merayu meminta dariNYA...berdoa untuk kita...

sedangkan kita...

berdoa sesingkat mungkin...

***********************************

dikala ibu bapa kita....

mengambil tahu tentang tarikh dan masa peperiksaan anak-anak, semata-mata untuk bersama-sama membacakan yaasin supaya anak-anak tenang menjawab peperiksaan...

sedangkan kita...

belajar pun berniatkan..''sahaja aku belajar kerana nak lulus exam...''

*************************************

ketulusan ibu bapa kita....

mengajar anak murid bersungguh2 semoga anak-anaknya juga mendapat ilmu yang diberkati...

sedangkan kita...

lupa tentang asas sesuatu keberkatan dalam kehidupan...

***********************************
kepayahan ibu bapa kita....

menyediakan segala kemudahan untuk memudahkan perjalanan dan urusan anak-anak...

sedangkan kita...

menggunakannya untuk berjimba sahaja...

**************************************


dan banyak lagi kebaikan yang rasanya xperlu aku tulis disini...seorang mak dan ayah...akan sentiasa berada disisi anak-anak mereka walaupun pelbagai perkara anak mereka telah lakukan.

thank you, mak dan ayah...

sebab

marah/rotan kami waktu kecil...
tegur kami jika salah....
mengajar kami asas agama...
kesemuanyalah...


kerana itu,

kami ada disini...
menjadi insan yang mungkin menerajui masa hadapan...
mampu mengorak langkah...
walaupun kadangkala tercungap, terjatuh...
mak dan ayah sentiasa ada disisi...
memaut tangan kami...
menyuluh jalan kami...


dan yang paling penting...

terima kasih diatas kasih sayang yang diberi buat kami empat beradik...dan kucing-kucing juga...



p/s: gambar dari google, 2012.