Monday, December 31, 2012

Karangan 2012

Assalamualaikum w.b.t.


Hai semua!


Dah nak masuk 2013 kan???.so, mari kita melihat dan bercerita serba sedikit apa yang berlaku sepanjang 2012 ini.


Secara keseluruhannya, AlhamduLillah diatas segalanya.Banyak turun dan naik.


Secara peribadi, tahun ini aku aim untuk :

1. Publish journals

AlhamduLillah, target tercapai. Yang wajib, ada 1. 1 lagi ekstra. AlhamduLillah.



2. Proceeding paper

AlhamduLillah, lepas satu paper. Aku berdoalah kan, manuskrip ini terpilih untuk masuk jurnal.doakan yer! Manuskrip ini bukan pasal kajian aku pun. Ianya berkisarkan pengajaran dan pembelajaran pelajar prasiswazah SN menggunakan open source simulation software.Aku suka juga buat manuskrip ini sebabnya tak berkaitan langsung pasal kajian aku.Aku edarkan soalan, pelajar2 jawab, then analyze and buat statistik gena SPSS. Ilmu baru weh (untuk aku lah).


3. Submit full draft thesis untuk semakan

AlhamduLillah, dah submit pun full draft thesis untuk semakan oleh pemeriksa dalaman dan luar. Doakan aku viva dengan jayanya with minor or less corrections. Aku x kena marah (Debor weh). Yang paling penting aku dapat pertahankan kajian aku. in shaa Allah. Semoga aku berjaya hendaknya, Ameen.


4. Kerjaya

Sebenarnya, aku pun sendiri xpasti ini termasuk dalam kerjaya atau pun x.hehe.Tapi, sebagai penanda aras untuk peribadi aku, aku masukkan lah sekali. Tahun ini, aku bekerja sebagai GRA untuk penyelia aku. Tugas aku biasa jer. Tak layak langsunglah nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain. Semua berada di aras yang lebih tinggi dari aku. Kadang-kadang rasa rendah diri sangat. Rasa macam teruk gila aku ini. Aku student jer kot. Lebih kuranglah. Kawan-kawan aku, kerjaya and financial dah selesa. Aku masih ditahap ini. Morally down. Itu yang aku lebih gemar bergaul dengan kawan-kawan belajar aku yang sekarang ini. Kawan-kawan belajar yang dulu, bukan xbest. Best sangat. Tapi, aku segan giler kot dengan aras aku. So, kawan-kawan...kekadang aku bukannya nak sombong. Tapi, lebih kepada segan. And one day, bila masa kita bersilang, pasti kita bertemu.Dan aku pasti, aku dan kau dan kita semua ada cerita menarik untuk dibualkan.



Owh, terbabas plak.Buat luahan rasa plakkan.Okey berbalik kepada tugas.Aku ditugaskan untuk sediakan questionnaire, buat survey, sediakan manuskrip, tanda tutorial and lab undergraduate dan adalah yang lain-lain. Aku suka tugas kali ini sebab xder langsunglah bab makmal. So, dia lebih kepada the-other-side-of-my-lab-life. Lega sangat. Okey, bab tanda tutorial dan lab pelajar, mengeluh sebab banyak. Tapi, best jugak baca jawapan pelajar.especially adik2 tahun 1. Aku kan, macam nak luku jer diorang ini. Haha. Jawab, perh. Lebih kepada :

S : siapa nama awak?

J : Umur saya 12 tahun.

See?.Macam xkenakan soalan and jawapan. Tergelak-gelak lah kan. Tapikan, bila muhasabah balik, aku pun macam itu gak dulu. bezanya, ada Haw. Jawapan Haw macam skema jawapan. So, before hantar jawapan, semak jawapan dengan Haw. Kalau salah, tiru terus jawapan Haw. Itu yang markah, bolehlah time tahun 1.Haha.

Tapi, itulah kan, setiap kali aku semak kertas diorang, aku kena belajar balik pelajaran yang aku belajar dulu.Dah lama sangat aku tinggal nak nak sekarang ini kajian aku x berkenaan langsung dengan SN.Sebab itulah, dr aku selalu pesan...

''nah, tanda and try to recall back your knowledge...''

dan, betul. aku rindukan ilmu aku dulu.


5. Nak menang hadiah!

Tahun ini, aku ada lah masuk beberapa contest kat hotfm. Tahun lepas aku menang sekalijer. But tahun ini, alhamduLillah, aku berjaya dalam:

i. Kucing (Friskies)
ii. Juri Hotfm
iii. Tiket wayang


***************************

Buat masa ini, ini jer yang aku ingat. Normal lah kan, mesti banyak lagi yang kita aim. Tapi, yang utamanya, ini lah dia.

Aku doakan, kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati sepanjang 2012 dan 2013 dan seterusnya.in shaa Allah.

Tahun 2013, ada 4 aim utama.

1. Berjaya dalam Viva-ameen, doakan yer?

2. Kerjaya yang lebih mantap @ PhD- ameen, doakan mana2 yang terbaik yer

3. Konvokesyen master-ameen, semoga dilancarkan urusannya.

4. Vespa-hehe.



p/s : maafkan aku jika terkasar bahasa, salah bicara, dan semuanya yer. Kita 0-0 okey?








Tuesday, December 4, 2012

Bila-memandu-kereta-bergearkan-manual.

Assalamualaikum w.b.t.

hai.

okey, hari ini aku nak cerita pasal agenda pemandu apabila memandu kereta manual.Aku yakin, majoriti rakyat Malaysia pernah memandu kereta manualkan?.


Sumber: Google Image, 2012

Memandangkan sekarang pun aku memandu kereta manual, marilah aku kongsikan sedikit sebanyak perbezaaan pengalaman memandu kereta manual dan automatik (dari perspektif aku)


1. Feel
Feel bila memandu manual ini lain sikit. Feel dia macam best. Terutamanya bila tukar gear.hehe.Rasa macam best sangat bila kita tukar-tukar gear. Kang nak potong kereta lain, tukar gear.Jap-jap tukar gear.Rasa best. Nak-nak bila kat bukit ada plak traffic light merah. Nak tunggu hijau itu........Peh. Clutch and minyak. Bila tengok kereta belakang, kereta mewah. So, kita bagi sign yang kita bawak manual, kebelakang-kedepan-kebelakang-kedepankan kereta. Sign supaya jangan dekat.Haha.

Bila auto plak, biasalah kan.Feel dia aman.Sebab xyah tukar gear.Tekan minyak and brek jer.Selalunya, bila kita bawak auto, tendency utk kita jadi seorang yang multitasker itu sangat tinggi. Yerlah, satu tangan dah xyah guna untuk tukar gear.So, kita akan guna tangan itu, untuk check handphone, pegang gps (kalau xder holder), suap makanan. Bukanlah bila memandu manual,xboleh buat semua ini.Tapi, mesti dah mind set untuk letak tangan kat gear.


2. Minyak
Okey, sebenarnya bab minyak-minyak ini aku xamek tahu sangat.memandangkan aku xbawak kereta dari jenis yang sama.So,cemana nak buat comparison?.


3. Jem
Okey, bila memandu manual ini, satu lah kan, yang aku paling xgemar.JEM.Duduk kat kawasan macam ini,tunggu raya jer lah baru aman jer jalan.Aku pernah kena jem sampai 2 jam (jarak km hanya 30km).Sakit hati okey dalam kereta. Sebab kaki aku sakit. Masuk gear 1.Lepas itu 2.Lepas itu 1.Huhu.So,bagi mengelakkan semua itu, aku mesti turn on radio.Dengar trafik.Plan jalan mana nak lalu.And paling penting,rancang waktu perjalanan.Ececeh.Nampak macam typical budak poyokan rancang perjalanan bagai?.Tapi,serius.Perkara macam ini perlu.Aku kan,lebih rela ikut jarak jalan yang jauh, dari stuck kat jem semata-mata nak amek sesaran.Nak-nak bawak manual.Tetiba teringat kat fizik and addmath f4.


Sumber: Google Image 2012

Bila cerita pasal jem ini, Kereta auto lah menang.Xsakit kaki.Kurang sakit hati.


Kesimpulan
Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan.Aku pun suka kedua-duanya.(boleh tulis kesimpulan macam ini?)


Layout baru

Assalamualaikum w.b.t.

hai.

okey, setelah aku pening kepala tengok layout lama...so, aku tukar lagik.

ini dia.


sejujurnya, aku bukanlah peminat gila-gila warna biru,tapi, akhir-akhir ini aku suka tengok langit.kira konsep blog aku adalah 'pandang-ke-atas'

okey, tutup cerita pasal layout. 


Monday, September 10, 2012

Bukan Running Man tapi Running Cat.

Assalamualaikum w.b.t.


hai


tadi masa kat atas,macam-macam aku nak cerita.tapi,bila dah on,dah xder cerita nak ditulis.So,layankan aje lah apa-apa yang ada.



hehe.tadi tengok-tengok gambar terjumpa gambar ini.Ini Iant girl.Ahli keluarga baru kami.Xlah baru sangat.diorang lahir bulan 4 kot.


Hehe.Ini plak Kang gary.Kembar Iant Girl.Sebenarnya ada 4 anak kucing.Kembar.Tapi, 2 dah mati.Yang dah mati itu,nama dia Jihyo dan Haha.Nampak x nama dioceng ini macam nama orang-orang Running Man?.Iant girl jer x.Kitorang letak nama dia sempena nama Iant man yang dah pergi.

Disebabkan mula-mula kelahiran dioceng ini,muka dan bulu serta warna yang sama,kitorang xberapa nak cam sangatlah.Yang mula-mula kenal ini sape dan ini sape adalah kakak aku.hehe.rajin dia menilik perbezaan dioceng ini.Dan teruslah letak nama ahli-ahli Running Man.Mula-mula letak nama Jihyo.Dah semua kuceng mak ngan ayah aku panggil Jihyo.So,marilah kita pakaikan loceng.

Kitorang belikan loceng dioceng ini kat tesco rawang jer.Yang seploh hinggit dah.Tapi berbeza colour.So,disebabkan ahli Running Man selalunya ada tema warna baju tertentu, so marilah kita belikan ikut persamaan nama dioceng ini dengan warna baju ahli Running Man.

Jihyo=Pink
Haha=Biru dan loceng hijau
Kang Gary=Purple
Iant Girl=sesuka hati

Walaupun dioceng ini kembar, dioceng ada perangai yang berbeza.Cute okey.hehe.


Dah 2minggu xmain secara proper dengan dioceng ini.Xsabar nak balik.

Okey.Dahlah

Sunday, September 9, 2012

Jurnal raya Nana 2012 (edisi kedua)

Assalamualaikum w.b.t.


hai.


minggu kedua raya.Apa aku buat erk?.aku lupa.owh,dah start aktiviti rutin.pergi Bangi melakukan aktivit macam biasa.settlekan apa-apa yang patut.bestnya raya kedua, kat UKM ada open U and fac.Aku pergi tengok jer.Makan x.Gambar pun xder.

Then,hari sabtunya kena pergi kenduri sepupu bertunang and open house sekali.


pic 1: pelamin
pic 2: hantaran
amacam?hantaran buat sendiri.


pic 3 and 4: yang pink ala pengantin itu (bukan pink biasa) lah yang bertunang.hehe.


pic 5: eh,dia ini lah yang tunang.cincin tunang dia itu haaa.yang lekat kat baju itu.

majlis merisik dan bertunang ini, ayah aku lah jadi wakil yang bercakap bagi pihak perempuan.hehe.Nice.


okey, minggu ke 3 plak... 

Jurnal raya Nana 2012 (edisi pertama)

Assalamualaikum w.b.t.


hai.


owh,hari ini nak cerita pasal raya aku untuk tahun 2012 lah kan...opsidopsi.banyak nak cerita,tapi, mari kita pendekkan ke beberapa edisi supaya lebih senang.Secara point atau peta minda adalah lebih digalakkan. 

Minggu pertama : edisi pertama
Minggu kedua : edisi kedua
Minggu ketiga : edisi ketiga
Minggu keempat : edisi keempat

done.

okey.hari pertama, ikut perancangan,memang semua adik-adik mak aku akan berkumpul umah kami lah kan?.so, pagi itu,bangun-bangun pagi:mak,ayah,abang dan boy pergi solat sunat hari raya. Aku and kakak kemas dan makan-makanlah apa yang patut.hehe.Then,lepas diorang balik solat raya,makan lepas itu terus gerak g Sg Buloh.Lawat nenek.Then,petang balik umah sebab adik2 mak nak datang serbu.Gambar?xder weh.sume nak cepat.so,mmg xdop gambar.xperlah kan.Then,malam kami ke Keramat.Umah Toksu.


pic 1: gambar toksu (adik opah) and nekcu bersama adik-beradik mak aku.
pic 2: families


pic 3 and 4: families (muka masing-masing penat)


pic 5 and 6: pics of the day!
introducing Iant girl and kang gary!
hye-hye,world!


then, hari raya ke-2. disebabkan pakngah aku dah ring-ring sejak hari raya pertama, so,marilah bergerak kerumah pakngah (family sebelah ayah aku).Owh,before itu,kami ke kubur opah kat sri gombak.

less word, more pics please...


pic 7 and 8: sepanjang ini kan, as usual as usual as usual, pakngah dengan lecturenya.haha.Rujuk pic 7.nampak x aku and alin pandang bawah jer?.haha.nasiiiiiihaaaaaaaaaaat banyak giler!haha.

pic 9: badang2 ini adalah sepupu aku.haha. (owh,aku rasa boy ngan abang aku pun xmustahil boleh bertukar menjadi seperti diorang.haha)


pic 10: ayah dan mak bersama family pakngah
pic 11: kami.RAMAI yang xbergambar...

anyway and anyhow, ayah happy sesangatlah dapat jumpaaaa family pakngah ini.Kitorang jarang gila jumpa.Kekangan masa dan aktiviti dan juga tempat adalah salah satu halangan terbesar untuk bersama.eceh ayat!.by the way,ayah happy, kami semua happy.weee.eh,jumpa lain kali okey?.

then,hari raya ke 7, kami berkumpul kat rumah makcik pulak kat cheras jer pun...
tujuan:doa selamat dan open house.


pic 12: Parents (pakusu keje)
pic 13: kazen


pic 14: anak dan cucu (opah dan atuk) 

dan begitulah cerita edisi pertama aku.memang ada yang tertinggal,tapi sentiasa ada diingatan.

owh, ada lagi sorang...



pic 15: Airil Khazran. 
Senang giler ayah dia umpan dia.dia dok nak kacau ayah dia berbual,ayah dia bagi ipad, diam...main jauh-jauh.der,wa ipong mahupun ipad mahupun apa2 berkaitan apple digigit xder ooo...(T.T)

okey,settle 1st week.NEXT...



Monday, August 6, 2012

Be positive people

Assalamualaikum w.b.t.

hai.


Semalam mesti ramai yang tengok DLCW lawan lin dan kan?dan dan dan Kita kalah...siapa xsedih?Tapi,kita kenalah terima kekalahan.Kalah kita bukan kalah yang mana kita tak melawan.Kita lawan okey?.Kalau x, camana game pertama kita boleh menang?.Camana kita boleh kejar mata China masa set ketiga?Kita beza 2 mata.Sikit okey.Sebagai muslim, kita mesti percaya qada' dan qadar.Mesti ada hikmah kan?.


So, xperlulah nak kondem mengondem kekalahan kita.Aku percaya, DLCW lagi sedih.kita bersamalah dia merasai kesedihan itu.bersama yer.sebab dia represent negara kita.bukan senang kan?.bawak nama negara.Sedangkan nak bawa nama kita sendiri pun susah.apetah lagi nak bawa nama negara.At least, disebabkan dia lah nama negara kita dikenali oleh orang luar.disebabkan dia jugaklah,atleast orang pernah dengar nama negara kita.


Orang selalu mengata tanpa tahu asal usul.
Orang selalu memulau tanpa tahu menilai.
Orang selalu menghukum tanpa tahu adab dan cara untuk menghakimi.


''janganlah tanya apa negara kita boleh buat untuk kita

TAPI

tanyalah diri kita apa kita boleh buat untuk negara kita''


DLCW dah pun melakukan tugas dia.Kita?



imej:google

So, buat DLCW saya berbangga dengan permainan anda!Saya nampak kesungguhan.Saya nampak DLCW bermati-matian untuk bawa pingat untuk negara.Terima kasih.


p/s:saje guna perkataan 'kita' menggantikan DLCW. Dia bukan sahaja pergi untuk diri dia.tapi untuk KITA.Kita semua.


Wednesday, August 1, 2012

kerenah dijalan raya.

Assalamualaikum w.b.t.

hai.

***********************

 Introduction

nak coretkan sikit kerenah-kerenah kita di jalan raya.


**************************
Methodology

1st:-


aku xlah selalu sangat berdepan situasi ini.tapi pernah lah jugak. nak overtake motor itu,xboleh.double line.motor plak duduk tengah2.dah cuba dan cuba.kena tunggu motor ke tepi sikit,baru boleh potong.

***************************

2nd:-


yang ini aku selalu jumpa.selalu sangat. Dimana, line kiri penuh dengan kenderaan berat.line kanan,kereta yang sangat laju berdesup-desup (konfem lebih 110km/j). dan di-line tengah, ada plak kereta slow.gilerlah.sampai lori kat line kiri boleh laju dari dia.dan of kos yang xbestnya, kereta-kereta kat blakang kereta slow itu lah.kena slow gak.sampai 60km/j ke bawah.

**********************

3rd:-

haaa.yang kat atas ini aku x faham sikap pemandu dia.dari line tengah, nak ke kanan. bila kat kanan, slow.xfhm kan?tadi beria-ria sangat nak masuk kanan.ingat nak lajulah.end up?.slow?.

******************

Result and discussion

ketiga-tiga situasi ini nampak remehjer.tapi,perkara macam inilah antara penyumbang jem kat jalanraya khususnya KL.Sebab itu,kita susah nak baca bila jem atau tidak semua jalan kat KL (excluding peak hour).Perkara simple.tapi,kalau still ada orang buat perkara macam ini,xbestlah kan?.Aku faham 'pandu perlahan jiwa selamat'.tapi,kalau perlahan xbertempat?jiwa dan raga orang lain x best.x cool lah.

***************

Conclusion

Sikap segelintir pemandu yang selfish merupakan antara penyumbang jem di jalanraya.


p/s: semoga semuanya selamat.





Tuesday, July 24, 2012

tips ber-shopping!!!

Assalamualaikum w.b.t.

hai.


hei, dah masuk 4 hari umat Islam di Malaysia berpuasa. AlhamduLILLAH. dan dan dan ini bermakna semakin rancaklah manusia sibuk untuk membuat persiapan raya.SHOPPING!


so,kat sini aku nak share sedikit sebanyak tentang tips sebelum dan semasa ber-shopping


*******************

Sebelum

1. Tido awal, and sahur


sumber : imej google.

hei,penting hokey dua-dua ini.firstly, tido haruslah cukup.sebab esoknya kita perlu menggunakan semua pancaindera dalam pemilihan barangan.pilihan adalah sangat banyak.rambang mata.itu nak ini nak.pemilihan dalam pilihan.keduanya, bersahur. come on rakan-rakan.marilah bersahur! makanlah pape yang boleh menjana tenaga anda.sihat dan kuat sepanjang hari.


2.list, duit, 


sumber:imej google

bagi mengelakkan pembaziran yang melampau, baiklah kita buat list.apa yang nak dibeli.selain ia membantu menjimatkan masa kita untuk mencari dan membeli,kita juga dapat bajet berapa total kesemua pembelian kita pada hari itu. hei,lagi satu,nampak macam tersusun sikit kalau buat list ini.

Contoh:

1. Senaraikan barang apa.

baju kurung
blouse
seluar
selipar

kalau boleh nak brand apa lagi bagus.jimat masa.jimat tenaga.hidup yang fokus.

2. Dah tahu barang, bolehlah tentukan tempat yang ada jual barang2 kat atas.boleh bajet harga sekali.xnaklah bajet burst.

baju kurung-jalan TAR
tudung-jalan TAR
seluar-mid
selipar-mid

penting weh, nak tahu tempat yang perlu dituju.penting untuk masa,parking semualah.huhu.kalau main terjah,boleh aje.tapi,kang parking xder. kalau naik tren,ramai.kepam.angkat barang,xlarat.So,marilah kita buat cadangan tempat shopping.macam ini:

Jln TAR--->SOGO--->Mid--->Uptown Danau. (contohjer)

Then, before nak g shopping ini, siap-siaplah kuakan duit.elakkan dari kuakan duit waktu nak shopping.dengan kena beraturnya.lepas itu,mana lah tahu ada yang memerhati.nauzubILLAH.kuakan duit x yah banyak2.jimat beb.jimat.bagi yang nak pakai kad pun boleh.tapi,fhm2lah.kekadang machine kat kaunter itu,sistem dia down.hampehhh.


**************

Semasa

Datang awal.Wah,nampak macam semangat sangatkan nak shopping?.haha.penting weh datang awal.parking kat KL ini,makin sikit, xseiring dengan kepadatan penduduknya (haruslah kan).so,bila datang awal,kita jugak yang untung! parking dapat.semangat masih membara.tenaga berada ditahap yang sepatutnya.cuaca masih sejuk.Orang x ramai.Kepanasan x melampau.Wahhhh.ber-shopping perlulah tenang.Bolehlah snap-snap gambar sikit upload kat fb/blog.haha.Kenangan.Bila lagi?

Dihari shopping, pakailah pakaian yang selesa.Kalau boleh,kasut/selipar pun xyah lah nak bertumit sangat.Sakit weh jalan.Kita bershopping,perlulah dengan rasa gumbira.Senang hati.Berjalan dengan sesuka hati.Xnaklah sakit-sakit.hehe.lagi satu, pakai tudung yang senang nak dipakai boleh?.hehe.yang sarung jer pun okey.Iyelah,senang nak solat.Faham-fahamlah kan,dah namanya pergi waktu2 puncak ini,selalunya memang ramai.surau pun,ramai giler orang.pakai tudung sarung,boleh jimat masa.Xderlah tunggu lama sangat  depan cermin.hehe.Kesian kat jemaah lain jugak.Keselesaan dalam solat penting weh.Keseronokan,keghairahan kita bershopping xperlulah sehingga mengganggu kekhusyukan orang lain menunaikan solat.

Duit hendaklah disimpan ditempat yang berbeza.Tips ini,bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.Contohnya,ada pencopet.dan kesemua duit lesap.sadis.mintak dijauhkanlah.Ameen.kalau nak letak kat wallet/henbeg pun boleh.tapi,berhati-hatilah.Kita jangan leka okey?

Setiap orang ada minat masing-masing.Bagi nko,itu lawa.bagi aku, x. So,belilah apa yang anda mahukan.Xyah lah weh ikut kata orang.Minta pendapat,xper.Kalau x sama pendapat kita,ignore.Belilah asalkan nko puas.

Owh,shopping punya shopping jangan lupa nak berbuka puasa.Kalau rajin buatlah reservation kat mana-mana.Senang.Datang, terus berbuka. Amacam?stylekan?.Nampak macam dewasa kan buat reservation bagai.xpun,berbuka sikit, then,solat.then baru berbuka secara biasa.Aku suka yang macam ini.Xterkejar2.


******************

Well,itu jer yang aku ingat apa nak ditulis dan di-share.hehe.sebenarnya, aku pun dah plan nak g shopping.As a student, aku x bolehlah berbelanja besar macam kau-kau-kau orang diluar sana.Aku kena biasa-biasa aje.Baju-baju yang aku rasa aku xmampu nak beli,haruslah aku mengendeng kat mak ngan ayah aku.haha.Yang dibawah bajet aku, bolehlah aku beli sendiri.Selalunya,item dibawah bajet macam selipar 20hengget.hehe.nak murah beli kat up/downtown.Nak rasa maca up sikit,belilah kat alamanda.haha.walhal,selipar yang sama.tempat jer berbeza.hehe.Nak rasa up punya pasal.ish.ish.ish.


Aku ini persiapan raya memang se-minima yang boleh.Sebab aku x pergi mana-mana pun.Nak nak opah dah xder.So,adik-adik mak dan ayah akan datang rumah.Raya.Aku pakai baju kurung,cukupkan syarat jer.Lepas lawat nenek kat sg buloh,then balik rumah.Petang dah salin baju dah.haha.Second day, selalunya jalan-jalan g tour rumah sedara.Sedara aku kat sini jer pun.Paling jauh,pakusu aku lah.duduk senawang.Itu pun kawasan taman.Memang xderlah rasa kampung.huhu.Kekadang rasa jeles jugaklah tengok orang eksaited balik kampung.Aku ngan adik beradik aku, kalau malam raya, suka balik rumah serendah lalu jalan highway.haha.keluar tol duta masuk tol rawang.Saje jer.nak rasa feel balik kampung.haha.Papepun, kat mana pun beraya, aku rasa bersyukur.At least dapat raya.EH,dah cite pasal raya???.oh men!tersasar awal.


So,selamat berpuasa dan bershopping juga.

























Wednesday, July 18, 2012

Ada apa kat depan itu?

Assalamualaikum w.b.t.

hai.


Keadaan yang sunyi kekadang merembeskan adrenalin yang ekstrem.So,alternatif lain bagi menenangkan diri,marilah kita kekedunia blog.bercerita mengenai pengalaman, luahan melalui alam maya merupakan salah satu cara zaman kini kita bereksperimentasi dengan dunia.


***************


sekarang ini dah bulan 7.nak akhir-akhir dah pun.banyak perkara menari-nari,terjerit-jerit difikiran.kekadang bermonolog seperti orang gila,kekadang tersenyum berimaginasi ke masa hadapan.Kesusahan dihari ini dan lepas pasti ada hikmah disebaliknya.

semalam,sewaktu menemani rakan menguruskan hal claim,terserempak dengan rakan lama.rakan sekelas.bukannya x rapat.tapi itu dulu.sekarang ini,masing-masing ada haluan dan perjalanan sendiri. Memandang keadaan fizikal dan cara kawan yang berubah, menimbulkan tanda tanya yang menggerakkan hati untuk mencari jawapan.soalan tanpa jawapan seperti perkara yang tergantung bukan?.

Kami ada berbicara tentang perjalanan seterusnya.Pilihan si kawan lebih kepada academician. Ilmu,pencapaian yang ada, aku yakin dia boleh melakukannya.dan aku?aku harap kehendak dan peluang berjalan seiring.kepuasan itu penting.


***********************

buang ayat skema2.pening2.meh layan soalan orang selalu tanya aku.

okey, soalan cliche selalu ditanyakan kepada aku.

1. x penat ke setiap hari ulang alik?

kadang2 penat jugak.tapi,fun sebenarnya.dulu,aku suka lalu yang xder kena tol.skg,setiap hari aku akan spend rm5.40 untuk tol.mungkin faktor usia.makin berusia makin malas nak menyesakkan kepala dengan lampu merah.



2. best x tetiap hari pakai tshirt g keje?

wah.haruslah best.kalau boleh pakai trackbottom, lagilah aku suka.haha.
sumber:imej google


3. nko g and balik keje pukul berapa sebenarnya?

haha.ini soalan kelakar.sebab aku pun x tahu jawapan.lebih kepada datanglah agak-agak before lambat.baliklah jangan terlalu awal.pandai-pandailah manage masa.tapi,yang penting,keje kena siaplah.ikut kehendak.


4. bila nak habis belajar?

aku sensitif sikit kalau org tanya soalan macam ini.haha.poyokan?.sebab aku x pernah boleh bagi waktu tepat.soalan pun aku keliru. 

habis belajar?.maksud nko apa?.

4.1 habis belajar dalam kelas?

aku dah completekan kelas aku tahun 2010 lagi.

4.2 habis belajar untuk lab?

pertengahan 2011 aku dah ala-ala siap.bolehlah.kalau xder penambahan.setakat ini,alhamduLILLAH.

4.3 habis belajar maksudnya?kesemuanya?

meh aku terangkan sikit-sikit. pelajar macam aku, ada step kena ikut. 

1. kena lengkapkan kelas - alhamduLILLAH (2010)
2. kolokium - alhamduLILLAH (7/2011)
3. persidangan (optional) - alhamduLILLAH (2010)
4. jurnal -alhamduLILLAH (2012)
5. notis hantar tesis 
6. penyerahan tesis
7. viva

nampak macam eh, sekejapjer. tak. semuanya masa. okey, macam step aku kat notis hantar tesis. aku kena tunggu 3bulan untuk hantar tesis. then,nak tunggu viva paling cepat pun 3 bulan. pembetulan,penjilidan kami ada prosedur. panjang. pengurusan masa memang kena bijak.selalunya lepas dah hantar notis,dah legalah.kira boleh senyum2.hantar resume kat mana2.hehe.

macam aku,drag masa banyak sangat kat manuskrip. dari penulisan, english editor, submit kat mana-mana, then ada reviewers, comment2 yang hanya tuhan yang tahu, barulah boleh diaccept.Panjang ceritanya.Sebab itu,kalau ada jer orang tanya kat aku pasal master, aku mesti suruh diorang masuk koswek.memanglah tanggung sendiri.tapi,mara ada.nko belajarlah dapat pointer yang hebat2.

in a positive side, semua ini pengalaman. Mungkin pengalaman aku x sebanyak korang yang dah keje.tapi,aku seronok dengan pengalaman ini.dan mungkin guideline terbaik untuk aku kalau aku nak further PhD, insyaALLAH. 

berbalik kepada soalan,

5. nko dah keje ker?

haha.ntah.aku pun x tahu aku dah keje belum.eh?.aku pun pening.



*****************************

 dah nak sampai kepenghujung master.semoga berjaya.dan bantu aku untuk langkah kehadapan.sebab aku selalu tertanya-tanya


"Ada apa kat depan itu?"





Tuesday, July 17, 2012

High IQ? so what?

Assalamualaikum w.b.t.

hai.


tadi masa jalan-jalan buat blog walking sekali terbaca tentang artikel yang ada pada blog dr faiz khaleed.isu yang disampaikan sangat menarik.isu ini diambil dari artikel-High IQ? so what?.


sumber: faizkhaleed.com (kalau xnampak,sila pergi kat blog dr faiz)
Baca disini

mempunyai tahap IQ yang tinggi adalah satu anugerah sebenarnya.Tapi,ia tidak bermakna kita akan mempunyai tiket khas untuk kita terus berada dipuncak kejayaan.Samalah macam orang yang dilahirkan tup tup tup terus jadi anak jutawan,kaya.tapi tak bermakna dia akan jadi jutawan jugak.vice versa.

melihat dari pengalaman sendiri, aku berpeluang untuk berkawan dengan kawan-kawan yang dikatakan mempunyai IQ yang tinggi (budak PTS).Orang kata, budak lompat, IQ dia tinggi.Aku boldkan kat situ Orang kata.tapi,bagi aku, it depends.Back to 1998, darjah 5 di SKTSG. batch aku hanya 12 orang jer budak lompat. so,setiap 4 orang dibahagi ke 3 kelas yang berbeza.setiap kali exam,kawan2 sePTS dgn aku pasti akan dapat markah tertinggi.WAJIB.memonopoli keseluruhan nombor tertinggi dalam kelas mahupun darjah.tapi,tidak pada aku.aku sentiasa terkebelakang.Prestasi mula merosot.But then, I realized, banyak dah aku ketinggalan.Aku mencari mana silap.Dan silap terbesar: I keep on blaming my self.blame sebab xdapat markah tinggi macam sebelum ini.blame itu dan ini.dan terus blame.aku lupa yang IQ,rohani dan belajar perlu seiring.aku pernah terbaca IQ kita,boleh berkurangan disebabkan faktor tertentu.mungkin aku termasuk dalam golongan itu.dan aku still berharap IQ aku akan meningkat.

Setelah masuk U,aku try untuk cari balik kawan2 PTS aku.Mereka berada dilevel yang tinggi.seperti biasa.Mereka berjaya gunakan IQ yang tinggi sebagai anugerah yang tak ternilai harganya dan menjadikannya sebagai kelebihan.Seiring dengan pendidikan.Walaupun aku tidaklah terbang tinggi untuk belajar,tidak sehebat kawan-kawan aku,tapi aku percaya mesti ada sebab disebalik semuanya.Pasti ada sesuatu.Aku nampak yang tersurat.Dan percaya pada yang tersirat.


IQ yang tinggi bukanlah satu tiket tetapi ianya satu kelebihan.Macam beli tiket kat wayang.Kalau ada tiket khas,xperlulah kita beratur panjang beli tiket.Tapi,kalau kita blur and xfhm konsep tiket khas,maka beraturlah kita bersama-sama orang yang nak beli tiket.Aim still sama:nak tengok wayang.lambat/cepat jer.


Sedih, buat test IQ kat fb,score anda rendah?.takpe,kita geng! haha.



High IQ? so what?






Monday, July 16, 2012

me,kawan @ melaka

Assalamualaikum w.b.t.

hai.

ini nak cerita tentang 2 minggu lepas punya aktiviti. aku ada ke melaka bersama kawan2. kali ini x payah guna gps.kami bawak orang melaka sebagai pengganti gps.senang jer jalan.konfiden skit.

pergi melaka ini, as usual lah.last minute punya plan.sebab ramadhan dah nak dekat.next weeknya pulak,semua sibuk dengan aktiviti.hari weekend memang xboleh kacaulah.hari rehat bersama keluarga.so,waktu yang terbaik ialah hari Jumaat.kami skip summer school.maaf lecturers!

tujuan utama ke melaka mestilah nak lawat ecah.kawan sebelajar kami masa degree dulu.dia jaga kedai jeans ayah dia.so,as pewaris owner,mana lah boleh sangat nak skip.orang berniaga kan.jadi,kamilah yang pergi melawat dia.kekadang kami ke rumah dia.tapi,kali ini x.kami lepak kat kedai.makan pun kat depan kedai jeans dia jer.gambar lupa amek.nak tahu x,tentang kebiasaan percakapan orang melaka.selalunya akan keluarkan ayat-ayat yang 'keras' bila berbicara.bagi kita orang luar,mungkin lah rasa 'keras'.tapi, dah terbiasa dengan dia ini.apa-apa yang dia lafazkan,bukanlah membawa kearah makna yang dilafazkan.so,jangan terkecik hati plak bila bercakap ngan diorang ini.hehe.banyak yang dibincangkan.banyak nasihat diungkapkan.itu lah kawan.


lepas jer, gerak dari tempat ecah,kami ke jj melaka.cno nak beli barang persiapan.so,dah beli semua,kami pergi ke (rujuk gambar)


kami pergi ke klebang coconut milk shake (kot!).aku xminum coconut ini.tapi,memang recommended lah untuk datang.tempat semakin selesa compared yang before.aku suka makan nasi lemak dia.hehe.kat sini, aku suka sebab ramai sangat orang cina datang.india pun ada.so,baguslah.

selepas selesai minum petang, kami pergi main layang-layang kat pantai.best.sekarang ini kalau korang xtahu nak naikkan layang-layang,boleh bagi kat aku.aku dah pandai sikit.dah tahu teknik.abg layang-layang ajar.



masa ini,tali layang-layang kitorang dah putus.so,diorang berdua ini pergi kejar layang-layang.aku xkuasa nak keja.haha.

then,lepas dah puas main layang-layang semua, jannah dah selesai jumpa si kekasih hati, kami pun berangkat ke rumah jannah.xjauh pun.dekat jer.kami ke rumah amni (anak sedara jannah), then ke umah jiran jannah then baru lepak rumah jannah.


dari kiri:amni,cno dan amni,jiran jannah.

so,dirumah jannah, dia bungkus kuih raya untuk berniaga (banyak,boleh tempah), then, layan amni tido.dalam 9.30 lebih baru kami berangkat pulang.hantar jannah kat bangi,then cno kat serdang.then,aku balik ke serendah.

penat xyah cakap lah.tapi,puas hati dapat jalan.


p/s:cno,dah pun lapor diri kat aelb.
p/s:jannah plak dapat anugerah 'best presenter' untuk kolokium
p/s:aku?.ada lah.rahsia.hehe.alhamduLILLAH.







family gathering (N9)

Assalamualaikum w.b.t.

hai.

okey xder benda nak cerita sebenarnya.so, fikir punya fikir haruslah atleast update something dah alang-alang bukak ini kan...

berbalik pada tajuk. 


*************************


menjadi kebiasaan keluarga RAahmad untuk adakan family gathering ini.Berjumpa sanak sedara,update apa-apa yang patut, makan-makan, dan paling penting solat berjemaah and adakan tahlil untuk mereka yang telah tiada.sebelum ini,kami berkumpul kat rumah opah kat greenwood. sejak opah dah xder, adik-beradik mak aku take turnlah buat kenduri.

kali ini,kat umah pakusu.bertempat di N9.


gambar: tuan dan puan penganjur.



*****************************


aktiviti sebelum pergi restoran damsyik,N9.


masa ini kat restoran dah.ini gambar adik-adik sedara aku yang kecik-kecik.overall,makanan dia sedap-sedap.alhamduLILLAH.kenyang.



ini aktiviti selepas maghrib and sebelum isyak.bacaan yaasin dan tahlil untuk orang-orang yang telah kembali kepadaNYA khususan kepada opah dan atuk (alfatihah).


ini sebenarnya gambar selepas makan.nak balik umah pak usu semula.gambar adik and adik sedara aku,zaid xder plak.diorang tukang amek gambar.

aku tahu cerita and gambar tak teratur.xperlah.aku pun dah letih tengkuk ini.dah x dan nak tunggu lama-lama depan ini.

gambar-gambar ini pun aku grab dari fb abang aku jer.aku ada amek gambar jugak.tapi,berkurunlah nak tunggu aku yang transfer gambar ke laptop.malas tahu!

owh, aktiviti ini pun berlaku 2jun 2012 yang lepas. lama kan?.

14july 2012 lepas, majlis yang sama diadakan dirumah mak dan ayah kat serendah.so, semua orang datang.best giler.tapi kali ini,kami x buat barbeque.kami masak jer.okey buang perkataan kami.ganti perkataan mak dan ayah.haha.

okeylah.sampai sini saje.






Monday, May 28, 2012

Sunway Lagoon

Assalamualaikum w.b.t.

hai.

hari ini, dah start cuti sekolah...so, mohlah kita berjimba hoorey.kali ini kita ke Sunway Lagoon.


Sunway Lagoon, 2012


Lokasi: Sebelah Sunway Piramid
Parking: Sunway Piramid
Harga tiket: All park = RM75+RM10=RM85 (adult and malaysian)(JAM OREN)
kalau 3 parkje= RM60+RM10=RM70 (adult and malaysian)(JAM BIRU)
Pakaian = pakai tudung pun boleh.
locker = RM15 (sesuka hati nak buka berapa kali)
solat = ada tempat solat, kat theme park.telekung pun ada.


****** EXTREME PARK ******

Okey, memandangkan kali ini aku ada amek gambar (sikitjer) mohlah kita update blog. okey, mula-mula masukjer, kami terus ke bahagian extreme park. Extreme park ini tempat ada ATV, achery, flying fox, paint ball, trampolin ke amenda ntah, main benda kat tasik, basikal.Semua boleh main.ada jugak bungee, go kart, g-force sume.tapi,kena tambah bayarlah kan.Bungee, RM75. G force=RM30. Go-kart= RM20/5minit kot. so,rasa mahal, marilah kita jgn buat aktiviti-aktiviti tambahan ini kat dalam Sunway.Kita main kat luar lah yer.


(Dari kiri ke kanan : ATV, G-force, ?, trampolin, flying fox, jambatan gantung.)


bagi aku, okeylah permainan-permainan ini. sebab dia basic lah.so, bagi first timer, dan nak rasa naik ATV ke, Flying fox ker, archery ke, bolehlah datang.(recommended)

Tapi, kalau korang dah terbiasa benda-benda extreme, xyahlah kan.nanti mesti kata ''eleh,biasa jer..." hehe.sebabkan SL ini tempat family kot.so,lebih kepada family-family lah.kang kalau bahaya-bahaya, mak ngan ayah tak bagi plakkan nak naik semua...



(kiri ke kanan: sebelum--semasa--selepas (gambar flying fox)


ada archery dan main trampolin jugak.

ini baru kat extreme park. ada 4 bhgn lain. time park lain,aku xbawak dah VC ini.so, gambar pun xder.

okey,tapi masih boleh aku ceritakan bahagian-bahagian lain seperti:-


****** AMUSEMENT PARK ******

amusement park ini semua orang yang masuk SL boleh main.xkiralah nko pakai jam warna biru atau oren.kat sini, macam-macam korang boleh main.contoh game yang ada, Niagara falls (yang keluar kat mulut anakonda kot), yang game gelongsor (kenalah air sikit), kasut koboi pusing-pusing, naik dragon terbang, ada ala-ala game keretapi laju kanak-kanak dan dewasa (gold). yang keretapi gold ini best jugalah.sebelum-sebelum ini, diorang xbuka pun.sekali, hari ini bukak. best jugaklah tengok dia punya keretapi.laju dan tinggi tapi xder lah pusing-pusing roller coster itu.ada wheel.ada tomahawk dulu dikenali sebagai skyflyer (yang pusing 360' kat atas).ada pirate revenge jugak. Masa zaman sekolah dulu, ada rombongan g SL jugak.Aku and kengkawan berulang kali naik pirate ini. tapi, pirate yang dulu, biasa jer. yang naik-turun itu jer.sekarang ini, pergggghhhh.menakutkan weh.kapal makin besar.lepas itu, dia pusing 360'. seat dia pun dah siap protection bagai. yang naik menjerit.orang yang kat bawah pun jerit okey.memang seram.pernah naik yang pusing 360' kat TS?.itu pun aku rasa seram.yang ini lagi seram.yelah kan.dah lah tinggi.lepas itu, kat free air plakkan.aku bukan xnak naik.tapi,seganlah nak jerit kan.haha.cet!banyak lagi game.korang boleh main berulang kali.


(kiri ke kanan: pirate revenge)

ini gambar dia.pirate revenge.scary okey. (Google, 2012)

******* SCREAM PARK ********

untuk scream park kali ini, aku x masuk pun.sebabnya,ramai dan aku rasa xbest sangat pun.last november,aku dah masuk tempat ini.overall, so-so lah.mula-mula dengar dia cerita (lama dan bosan).then,jalan-jalan.ada orang kat penjara.ada lah hantu kua ke apa ntah.lepas itu, dia soh pakai spek 3D.nanti kita kena lalu jambatan pusing-pusing.(ilusi optik semata-mata).dalam park ini ada 5 bahagian.so, kenalah habiskan semua bahagian which is lalala lah kan.tapi,kalau korang dah beli ALL PARK,baiklah korang masukkan.


******* WILD LIFE PARK*******

okey,kat sini kalau korang dah penat main semua, mehlah masuk tempat ini.semua orang boleh masuk.kita tengoklah haiwan-haiwan yang ada.tadi, ada gerombolan kanak-kanak tadika.bagus budak-budak ini.semua beratur.nak tengok haiwan.bagus.


******* THEME PARK *******

theme park ini, kawasan mandi-manda lah.ada gelongsor sana sini.bolehlah korang main.selalunya,tempat-tempat ini dimonopoli kanak-kanak.biasalah kan.



******* CONCLUSION ********


(gambar mahu pulang sudah)

so, overall SL tempat yang best untuk meluangkan masa dan bersuka ria.Oh oh oh,masa nak keluar, korang diberi pilihan untuk ambil semula duit RM10 yang mula-mula korang bayar tadi atau boleh ditukarkan dengan cenderahati SL.ikut suka lah kan?.kali ini, aku amik jam.

(jam SL, jadilah)

kat KL pun banyak tempat untuk pergi. Nanti aku update lagi okey?.


okey, Assalamualaikum w.b.t.